Ahad, Januari 30, 2011

Gaji

Hari ini hari paling tak heaven gua rasa, gua jeles tengok ramai orang muda termasuk tua yang beratur di suatu tempat yang gua rasa agak magik atau dalam bahasa mudahnya keramat.. ATM.

gua mula memperlahankan motorsikal gua apabila melalui deretan pemuda pemudi yang sedang beratur panjang.

"mengundi ke brader?" tanya gua sambil drop gear ke gear satu, gua saja buat-buat tanya soalan bodoh.

"eh takdela, ni ha orang ramai nak amik duit, kan dah gaji." balas pemuda segak berbaju Polo kolar terangkat tersebut. gayanya agak moden kontemporeri, bekasut putih jenama lacoste, jeans levis straight cut, rambut pula pacak stail shafiq rahim, di tanganya terkepit henpon jenis berihitam.

"oh, ye tak ye jugak laa.. gua lupe.." balas gua sambil menepuk helmet.

gua syak pemuda ni baya-baya gua, tapi gua lagi hensem walaupun helmet steng gua tak bervisor. keh keh keh..

setelah trafik agak lengang gua minta diri secara sopan santun.

sebelum gua buat willy kuda kepang, gua sempat mengangkat tangan ke brader baju Polo tadi menandakan budi bahasa budaya kita.








Haru Biru

Adalah sebuah filem yang diterbitkan di Malaysia pada Jun 2007. filem ini berkaitan Konflik kemanusiaan dalam perhubungan, persahabatan, percintaan, pengaruh dadah dan perempuan simpanan, dipaparkan menerusi isu-isu sosial, gaya hidup, skandal serta gangsterism. 


gua rasa masa filem ni la Que Haidar tengah top dimata makwe-makwe. 


"kisah budak budak sekarang." katanya.




 Haru Biru. padan jugak dengan entri gua kali ni. Padu. kah kah kah.

Kawan-1

"Pergh.. Celaka jugak jenis tak ingat kawan nih." keluh gua dalam hati setelah berselisih bahu dengan Judin manajer mebenk sekejap tadi di pasar tani.

perangai Judin dah tak semacam dulu, mukanya dongak 90 darjah, bajunya dengan baju gua sudah tak serupa lagi, gua syak mesti jenama antarabangsa. Seluarnya licin, slack mahal agaknya. Rambutnya tersikat kemas, sentiasa berminyak. perfume gua kenal, jenama Polo botol hijau, sebab abah gua pernah ada Polo jenis ni masa gua kerja CCS dulu. memang ada gaya seorang manajer Judin nih. 

10 tahun dulu gua dengan Judin berkawan akrab. main sama-sama, panjat pokok sama-sama, mandi dalam kolah sama-sama, lawan pemadam dalam kelas pun sama-sama, menikam kedai sepiah sama-sama. tetapi bila dia ke unibersiti lain, gua ke unibersiti lain, Judin sudah pandai tolak pelawaan gua. macam celaka jugak kadang-kadang ajak keluar minum teh pun tak nak. belum kira gua ajak dia pegi bandar tengok gig.

setelah habis gua borong karipap gerai nek Jah, gua ke motor. gua start moto dua kali, gua pergi. 

gua ingat lagi 10 tahun lepas Judin ni jenis suka melawak, tapi mukanya tadi  macam mintak penerajang sulung pulak. senyum pun tidak, pandang gua apatah lagi.

gua syak Judin sudah berjaya dalam hidupnya. gua bila lagi? pergh.. gua tak nak, gua tak nak. 


gua takut nanti gua jadi macam Judin. 


Gua kutu, gua Ok!


Kerusi

Sebenarnya dah setengah jam gua renung laptop, laptop renung gua balik. gua mula risau kalau-kalau keadaan macam ni berterusan untuk lagi 3 minit. jika keadaan ini berlarutan, gua rasa ada yang putus nyawa malam ni.

gua rasa baik gua tido awal, mana tahu esok-esok boleh tengok orang bergaduh berebut kerusi kat Kampung Tenang.Dekat rumah gua macam-macam jenis kerusi ada, kerusi rotan ada, kerusi plastik ada, kerusi goyang pun ada malah kalau selongkar beg sekolah adik gua yang tingkatan 2 tu mesti ada novel bertajuk Kerusi. 

jadi rasa-rasanya gua tak ada isu pasal kerusi.

Sabtu, Januari 29, 2011

BN

Pagi ni baru gua sedar, Barang meNaik lagi.

Jumaat, Januari 28, 2011

Pakatan Man Serunai-Bahagian 2

sampai je depan tangga rumah Man serunai, Napi campak moto ketepi gaya bengis dengan enjin masih berderum.. gedeganggg!! langgar batu bukit yang tumbuh merata-rata.

"habis moto gua" keluh Napi sedikit menyesal.

tanpa membuang masa seperti selalu, Napi pekik nama Leman dari luar macam seorang Tarzan, "Lemaaaan! keluar lah ko wahai Leman...!"

tak sampai 5minit setengah mengikut kiraan jam tangan Napi, pintu rumah Leman pun terkuak. "kreeeekk" lalu muka lesu Leman terpacul depan pintu.

"hah! ada apa ni Napi lewat-lewat malam ni cari aku ni, lembu kena curi lagi ke?" tanya Leman sambil menguap-nguap tanda sekarang dah jam 1.30pagi.  

"peh lu Man, dah kena kan gua, lu lagi mau tanya kan? Lu yang buat Prank kol stail faizal ismail Hot Fm tadi kan? lu nak prank gua dengan cuba tiru gaya sorang makwe kan?" jawab Napi dengan muka bengis sambil menongkat motorsikal pada posisi yang sepatutnya. Bau minyak petrol menerjah ke lubang hidung Napi dan Leman.

Leman diam membisu tanpa bersuara. Dalam hati Leman dia memang dah agak dah benda ni akan terjadi, bukan sekali perkara ni berlaku padanya, malah sudah berbelas kali.

sudah cemuh Leman bergaduh, bergusti lengan, summerslam, dan smackdown kerana perkara bodoh ni.

"ko balik lah Napi, ko balik. bukan sekali benda ni terjadi, dah banyak kali dah... sabar jela Napi" Jawab leman sambil memandang bukit di kiri rumahnya.

Napi diam, dia seolah-olah dipukau Leman, dia hanya menurut saja kata-kata si Leman serunai tadi.

Napi kemudian menghidupkan enjin motorsikal EX-5 nya dan berlalu pergi sambil melakukan aksi willy sepanjang 35 meter tanda meluahkan perasaan malu bercampur bengang.






"Peh budak Napi ni, bila la agaknya nak berhenti mimpi yang bukan-bukan, dulu kes lembu hilang, nyaris-nyaris disauknya JKK Ramli Busu. Mimpi sampai terbawak-bawak ke alam nyata, apa nak jadi pun tak tahu lah" Rungut Leman sambil menjatuhkan selak pintu tanda perkara dah settle.

"Jumaat"

Hari Jumaat merupakan hari paling disukai gua rasa. 

Bagi penduduk belah pantai Timur mereka sudah mula cuti hujung minggu. Bagi penduduk pantai Barat pula, hari ini merupakan hari terakhir berkerja untuk minggu ni.

setahu gua, ia juga merupakan hari yang paling tidak prodaktif bagi pekerja-pekerja di sektor swasta. (kerajaan tak payah cerita, hari-hari tak produktif!)

ok apa-apahal gua mengucapkan selamat berhujung minggu kepada seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi, jangan lupa bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan solat jumaat adalah wajib! 

arwah nenek gua ade berpesan "siapa-siapa tak pergi semyang jumaat, akan disumpah menjadi kera." Peh gua time budak-budak dulu tengah main guli, laju-laju gua naik mandi stenbai nak pegi mesjid. 

Tapi budak-budak zaman shuffle sekarang memang degil, cakap melawan, nasihat terus ajak bershuffle pehh.. perangai serupa "shuffle" masing-masing. sekali gua shuffle kat atas perut, baru lu orang tau la nikmat shuffle! 

Sempena hari Jumaat ni eloklah kita ke mesjid lebih awal. sekian. 


sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan



Maksud tersirat logo-logo syarikat besar

ok, ok entri gua pada kali nie adalah nak mentafsir maksud tersirat logo-logo koperat beberapa kompeni besar dunia. Jadi gua rasa ini lah tujuan sebenar Wiki-licks gua ni diwujudkan. keh keh keh..

logo heartbeats
ok, logo heartbeats ni sebenarnya adalah headphone yang dilenturkan kebelakang menjadi bentuk love. lu orang jangan nak lenturkan pulak headphone, patah gua tak jamin.
8 fish
Lu orang kira sendiri ada berapa ekor ikan dalam gambar tu, tak nampak memang kero. apa apahal, designer logo ni memang kreatif. mengikut firasat gua, logo ni milik sebuah restoran. Tapi bukan kat Malaysia, obersi bai, obersi.


mosleep

Lu orang suka tidur? lu orang nampak apa yang tersirat dalam logo kompeni MOSLEEP nih. Gua malas nak cakap banyak lu orang tilik la sendiri, tak jumpa tanya gua. ok?


piano forest


Ni lagi satu hal dia punya kreatif tak bertempat. Ada ke patut forest digabungkan dengan butang piano? peh, memang padu dan solid logo ni! Sekali pandang sudah tangkap itu adalah piano buatan Piano Forest.



minimum
Logo ni kalau gua tak bagitahu, mesti lu orang tak dapat tangkap kan? hehe..  Logo yang membentuk gelombang seperti cacing ini sebenarnya merupakan susunan huruf dari perkataan MINIMUM.


amazon

Siapa tak pernah dengar nama Amazon pegi masuk hutan amazon sana la kawan dengan bujang senang! Logo syarikat ni paling ringkas dan maksudnya sangat mendalam. Anak panah menunjukkan servis diaorang merangkumi (dari A sampai Z) dan anak panah juga mewakili senyuman kepada para pelanggan. amacam? halus tak mat salleh punya penyampaian?


carrefour 

Gua malas nak cakap banyak, kepada suri rumah, orang kerja pejabat, pelajar pelajar IPT, lepasan SPM, mamat shuffle, dan seangkatan dengannya. Lu orang kalau tak nampak huruf "C" dalam logo carrefour ni lu orang memang tak true. Carrefour maksudnya "persimpangan jalan" logonya menunjukkan panah yang saling membelakangi yang membentuk huruf "C". Sebab tu la K4 ni selalu ade kat tepi simpang (kat kampung gua la). 


Toblerone


Tobleron berasal dari Bern, Swiss, sebuah bandar yang digelar Kota Beruang. kepada pakwe yang ingin menghadiahkan makwe sebatang coklat, terutamanya jenama tobleron nie, pastikan lu orang dapat cari seekor beruang dalam logo banjaran swiss tersebut.


FedEx

Siapa yang guna perkhidmatan menatang ni tetapi tak nampak anak panah antara huruf E dengan X tu, memang cari nahas! Panah itu memiliki makna Kepantasan, Arah, dan Khidmat yang handal. "We live to deliver". kata mat despetch FedEx.


eight

Logo ini terlalu bagus dari Asia Bagus, rancangan tv yang tak memberi manafaaat tu. Sangat cerdik pereka logo ini, dengan typoografi dimana setiap huruf merupakan variasi dari angka 8. Gua pun tak terfikir nak buat macam gini kat mini market sedara gua.



Modernerd

kalau gua memang gua baca modern nerd. Lu orang mesti baca "modern". gua tahu! kah kah kah.. 
Kehebatan utama logo ini adalah cara menggunakan istilah "Modern Nerd" sekilas terbaca Modern, tetapi juga boleh terbaca Monerd kadang-kadang. sesuai dengan logo dia, seorang Geek yang nerd.




Ok gua rasa ini ok untuk dikongsi, gua sengaja leak kan informasi ni ke lu orang semua, memang tugas gua nak leak ni keh3..

Akan tetapi ada sesetengah pihak terutamanya makwe dan pakwe yang jenis main mysapce, suka tengok shuffle, yang sokong bangfes, main sms, gayut dalam selimut dan melodrama  mesti cakap "ade aku kesah..?" 

kalau gua jumpe jenis macam gini, gua paksa lukis logo mini market mak sedara gua secara kreatif. tak berjaya lukis gua lempang sedas! gua jawab balik "ade gua kesah..?" kah kah kah..

Tetap pendirian

Dalam banyak-banyak tahun gua rasa tahun ni la gua paling aktif berblogging. mungkin tahun depan gua akan bersara. (peh tak kuat azam langsung pemuda zaman sekarang).

sebenarnya, gua tengah makan karipap pusing, lu orang nak? keh keh keh..

dah macam Pesbuk dah blog ni gua buat.. update entry macam update status setiap 5minit sekali, gila apa?

tapi ada baiknya  gua update blog ni daripada update status Pesbuk yang tak memberi sebarang manafaat pada gua, awek myspace dah main Pesbuk, awek Frenster dah main Pesbuk, awek tagged je gua tengok masih setia main tagged! gua suka, jenis macam gini la orang kata tetap pendirian!


Ok, karipap pusing gua dah habis 3 biji, gua rasa baik gua pergi beli lagi. high jugak layan karipap pusing hajah sepiah pagi-pagi begini.

Mandi

"Ada baiknya aku pergi mandi!" Tegas Leman akhlake.

Khamis, Januari 27, 2011

The World Is Not Enough

Sedara sedari sekalian alam, Dubai ni terletak dekat UAE sana, merupakan negara pengeluar minyak seperti yang kita ketahui, bukan minyak atar saja malahan minyak petroleum juga dia tibai.

jurutera dubai ni dulu ada bina beratus ratus pulau kecil dalam jarak lebih kurang 100km dari persisir pantai. pulau pulau kecil tu diaorang target nak jual ke pelakon pelakon hollywood, bollywood, tak lupa juga ke jutawan semacam donald trump serta anak dara beliau tiffany trump. jadi senang cerita, target dubai ni nak kaya secara mendadak. tak cukup petrol dia nak belasah perlancongan pulak. dasar tamak pak arab ni.

NASA punya view



Jenis nak hidup sorang


Gua dengar tak lama dulu pada tahun 2010 pulau pulau kecil ciptaan jurutera dubai tu dah nak tenggelam. 2011 siapa yang tahu? ceeewaahh.





Gua tak kisah, gua dah ada manchester city

Pakatan Man Serunai-bahagian 1

"kringgg!! kringgg!!" Bunyi telefon rumah Napi, Napi malas nak cakap banyak dia angkat itu ganggang dia jawab.

"hello, siapa ditalian?" tanya Napi gaya DJ radio tempatan. Di hujung talian dia dengar suara sorang makwe teresak-esak menangis.

"hello, boleh saya tau siapa yang bercakap?" kali ni suara Napi sedikit lembut. 

"Ye, saya Juliana bekas girlfren you"

pehh.. berderau darah Napi, "sejak bila pulak makwe reti kol gua ni. Selalunya kalau tak Din biola, Man serunai, tak Man serunai Din biola. dua makhluk ni jela yang kol, tu pun malam minggu selepas gua gaji je. celaka jugak kadang-kadang dapat kawan jenis ni". seloroh Napi jauh di lubuk hati.

"saudari jul.." tak sempat Napi nak lanjut, makwe tu terus letak. Dia capai baju, start moto hala ke rumah Man serunai.

"Gua syak pakatan Man serunai nak main kasar dengan gua. Apa gila makwe nak kol malam-malam buta." Bebel Napi sedikit marah.





Kesedaran

"Rupa-rupanya baru gua sedar, tahun-tahun sudah gua memang malas update belog." Sapa gua dalam hati dan sanubari.

Suka hati

malam ni gua ada perasaan nak merompak bank.
tak tahu lah, lagi 30 minit gua ubah fikiran nak mandi sungai ke baca yassin ke berjemaah kat surau ke.
ustazah kata, nawaitu tu kena tetap, lepas tuh kena istiqamah.
gua harap malam ni menjadi nawaitu gua.

Kasut





Din kelihatan kacak pagi ni, luar biasa jugak dia punya kacak gua peratikan. selalu pakai seluar tak reti nak jahit, koyak sana sini huru hara gua tengok, tapi pagi ni lain macam sedikit penampilan kutu merangkap member gua ni. rambut tersikat rapi, bau belkrim pekat sampai pedih hidung gua. gua lihat dia mundar mandir macam kucing jatuh anak.

gua: "dua kali lagi lu jalan depan gua, gua tanduk lu macam zidane buat ke materazzi..!" ugut gua nada serius sambil bakar rokok.

gua memang serabut orang lalu mundar mandir depan gua, pernah gua terajang mak sedara ripin sampai terseliuh pinggul. bersalah jugak gua rasa tak hormat orang tua ni..

din: "wei Julian, pinjam kasut satu" tiba tiba din bersuara.

gua: "ok, ambik lah din, lu bukan siapa siapa jugak, kawan gua jugak". balas gua dengan nada rata dan beriman.

tiba tiba gua rasa tak sedap hati, gua jeling rak kasut, gua jeling kaki din yang sudah melangkah beberapa meter meninggalkan pintu rumah. hati gua panas, gua tak cakap banyak, gua petik rokok terus kejar budak nordin.
sampai je kat belakang nordin, gua ong bak tulang belakang dia, gua tarik kasut dari kaki nordin, gua bakar rokok, gua blah.

nota: apa gila dia capai macbeth gua. ingat kasut keluar dating ke. gua panas dengan nordin sampai ke hari ini. gua agak boleh bertetak kalau main main dengan macbeth nie. Dekat bandar orang gelar gua Julian.