Ahad, Februari 27, 2011

Gua di tag Hayley Williams!

Peh gua kena tag, lu saja guna taktik ni kan, Hayley williams palsu . Baiklah gua jawab. Bukan susah mana pun soalan dia. Gua jawab soalan test lesen lagi payah dari nih.

1- Adakah kau rasa kau hot?
Gua lempang jugak siapa yang buat soalan ni kang. Gua tak hot, gua cool je.


2-Upload picture kau dari pc

4-Cerita pasal gambar
Nak cerita pasal apa lagi, sudah terang lagi bersuluh tu Julian Casablancas. Gambar ni je dalam pc gua, gambar gua dalam external. PC gua kena format.

4-Kali terakhir makan ayam
Ketika bas ekspres berhenti rehat, masa gua pergi job interview tempoh hari. Itu pun cekedis Bika, perasa ayam. Boleh tahan real jugak dia punya rasa.

5-Lagu terakhir kau dgr
Julian Casablancas - Little girl (lagi 1 minit nak habis)
Atreyu - Doomsday (baru habis dengar 2minit lepas)
Atreyu - Right side of the bed (6 minit lepas)
The Strokes - you only live once (15 minit lepas)
Gua tak berenti dengar lagu, macam mana nak jadi yang terakhir pun gua tak tahu.

6-Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini
Gua tengah asah parang ni, kejap lagi gua ada job kat Bank Muammalat.

7-Nick name lain selain ini
Ni ape benda ni, mintak-mintak nick name orang macam nak main chatting kat mirc ni? Panggil jela wiki.

8-tag lagi 8 orang
Peh, punya banyak gua nak kena tag balik, hilang akal apa sampai 8? 8 orang yang malang terima la nasib kamu, gua mintak maaf.

  1. cik daria
  2. azra
  3. kakihujan
  4. yayabuncit
  5. samposmen
  6. eijahassan
  7. damiyamiot
  8. awien
9-siapakah no1
Cik Daria namanya, penggemar sushi.

10-cakap sesuatu pasal no 5
No 5 ni kuat keluar masuk taman perumahan, dia kuat pulas minyak motor tak kira masa dan ketika. Dialah abang posmen.. keh keh keh

11-orang nombor 3 ada hub dgn sapa
Orang nombor 3 tu, gua syak ada hubungan dengan drummer hujan. Lu orang tanya la dia sendiri, malas la gua nak cerita.

12-bagaimana pula dengan no 4
No 4 ni kuat makan, tengok nama la brader. (gua bergurau je yaya jangan nak baran sangat)

13-pesanan buat no 6
Lu memang comel.

14-kata kata cinta untuk no 2
Bercinta cinta juga, blog tu jangan lu abai pulak.

15-adakah no 7 dan no 8 ada persamaan
Ada, dua dua tu perempuan.

16-berikan 5 perkara yang kau tahu pasal no 1
  1. Jenis berkerjaya, tak macam gua.
  2. Pakai spekmata. 
  3. Kuat makan sushi.
  4. Kuat berangan.
  5. Kuat, memang kuat.
17-persamaan antara kambing dengan lembu
Ni soalan jenis apa pulak ni? Dua-dua binatang tu sedap bila dalam pinggan nasi gua.

18-perasaan masa jawab test ini
Gua rasa nak mengamuk pakai parang, kalau orang yang gua tag ni tak replai.

19-adakah kau tahu rizman itu sengal
Gua pun tak tahu. Gua tahu gua kena tag je.

20-gay or less
Ini macam soalan pun ade ke? Gua minat Cecilia Cheung. Jadi, gua lesbian. keh keh keh..

Sabtu, Februari 26, 2011

Gua Down

Lu orang semua kalau nak pergi interview kerja gua nasihatkan buat muka yakin yang kalau boleh macam gampang pun tak apa. Kalau lu orang nak jadi hipokrit pun, time tu gua rasa masa yang paling sesuai, kalau depan rakan-rakan nak hipokrit memang ko makan penerajang la. Kalau badan lu besar, itu mungkin bonus buat lu. Tapi kalau lu orang ada kabel optik bawah tanah, itu lagi terbaik.

Jangan jadi macam gua lurus macam pembaris, kan dah tak dapat jawatan jurutera penyelengara kabel. Gua down, 3 doors down lu tau tak?

Khamis, Februari 24, 2011

Antara mimpi dengan "Real"iti

Semalam gua bermimpi, mimpi semalam tu gua rasa paling real setakat ni. Peh, memang susah gua nak cerita kat sini sebab dalam mimpi je yang tau real tak real nya mimpi tu. 

Ok, ceritanya bermula begini gua cerpen jela tiada edit tiada tokok tambah ini cerita real punya! Dia lebih kurang macam cerita Back To The Future lakonan M.J.Fox tu bukan Megan Fox cerita robot tangkup tu. Sekarang ni gua jadi M.J.Fox tu brader! Ok, sebelah rumah gua dulu kira jiran la, mat salleh. Gua mimpi semalam, anak mat salleh tu gua jumpe kat Texas, tah masa bila gua belajar kat Texas tah gua pun tak tahu. 

Sedang gua lepak-lepak sementara menunggu loceng kelas berbunyi pagi tu, gua terpandang kelibat pemuda mat salleh tu, yang peliknya gua memang tau yang dia tu jiran gua (ok la tak pelik sebab gua kan datang dari masa depan) pastu gua siap boleh teka lagi mak bapak dia akan berpindah ke Malaysia tahun 2001 nanti. time tu kat kolej dan gua tak tahu pun anak mat salleh tu belajar kat kolej sama dengan gua.

"Eh, kau ni jiran aku kan?" Tanya gua lebih kurang bila terserempak anak mat salleh merangkap jiran gua di kaki lima kolej. (Gua berbahasa inggeris dengan fasih masa tu. Nak lebih real lu translate)

"Eh, siapa kau?" Balas anak mat salleh yang bakal jadi jiran gua dengan kerek mat salleh. Biasalah mat salleh ni kalau tak kenal dia kerek sikit.

Gua mula sedar yang anak mat salleh ni tak tahu apa-apa pun pasal hal ni sebab gua ni datang dari masa depan. Lantas gua ajukan soalan berbunyi,

"Sekarang tahun berapa ah?" Tanya gua dengan lagak serius campur kelam kabut.

"January 1999" Jawab anak mat salleh tu ringkas dan kerek.

"Ok, March 2001 nanti mak bapak kau akan pindah ke Malaysia, dan kau bakal menjadi jiran aku." Balas gua tak banyak cakap, time tu gua terus tinggalkan anak mat salleh yang masih lagi terpinga-pinga bingung. Serentak dengan tindakan gua itu, loceng kelas pagi pun berbunyi tanda kelas dah nak bermula. 

"Celaka alarm henpon ni mengganggu je, bagi la peluang gua naik kereta rentas masa dulu, jumpa pak cik saintis pun belum lagi nih!", terus gua bingkas bangun capai tuala, mandi. 

Peh, real tak real mimpi gua ini lah yang paling real semenjak 23 tahun gua hidup. Lu orang tak nak percaya lu orang punya pasal gua tak nak paksa.



Rabu, Februari 23, 2011

Malaysia vs Pakistan

Peh, teruk jugak rasanya sehari tak makan nasi hari ni.


Selasa, Februari 22, 2011

Berisi

Semenjak dua menjak ni gua kerap lepak dengan Jani, macam-macam jenis cerita Jani bukak dari hal politikus sampai lah ke cerita rumah tangga artis hollywood, itu tak termasuk lagi cerita tentang bab ilmu agama bab semayang lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya. Gua hangguk je, kadang-kadang gua hiling, tergelak nipis, ketawa terbahak-bahak, kebanyakannya gua senyum je. Berisi jugak lepak dengan Jani ni kadang-kadang.

Isnin, Februari 21, 2011

Entri serius

Baru gua teringat, masa gua kerja sebagai pengimpal besi dulu, gua pernah lempang pemuda Peru. Peduli apa gua dia angkat geng.

Ahad, Februari 20, 2011

Sesi melepak bersama Jani

"Budak-budak zaman sekarang ni memang moden, pergi sekolah saja dah pandai pakai henset mahal-mahal, habis ujian gerak gempur je bawak pemain MP3, melepak kat mamak pegang-pegang tangan pakwe, malam-malam sembang pasal fesyen. Pehh, gua pun dah naik keliru ni budak sekolah ke budak IPT? Dia punya lawa tak payah cerita la, macam pelakon slot Samarinda kat tv3 belum tengok dia punya dressing lagi yang pakwe dengan gaya Bangpesnya, yang makwe pulak tak habis-habis dengan gaya Yunalis zarai. Masing-masing Dah macam selebriti popular." Komen gua.

"Gua suka gua suka.." potong Jani tanda setuju.

Gua senyum sinis

Sabtu, Februari 19, 2011

Cerita kedai mamak, nah amik!

Berduyun duyun tua, muda, separuh tua, berlagak muda, budak sekolah, remaja, dua sejoli, makcik selera membeli, pendatang asing. Semuanya dengan hala dan tujuan masing masing. Gua kat mamak peratikan saja gaya, tabiat, perangai dan gelagat muda-mudi kota raya.

Tiba-tiba pandangan gua tertumpu ke sorang pemuda kota ni. Gaya baju dah macam datuk-datuk ke kelab dangdut, seluar slack kain lembut, kasut pulak gua syak jenis kulit buaya. Berjalan pulak sambil dikepit dua makwe jelita yang sorang jenis tinggi lampai berskirt mini rona kelabu, sorang lagi berseluar jenis leggings warna ungu berbaju belang. Pehh kedua-duanya memikat pandangan seluruh lapisan masyarakat termasuk pekerja buruh kontrak bangunan sebelah. Tiba-tiba..

"trutt.. trutt..!"

"hello, ye.. ha ko kat mana? oo.. 5 orang je? Ok, ok ko tunggu, ko tunggu!"

Gua curi dengar perbualan telefon brader rambut gaya askar sebelah meja gua. Kedengran agak serius dan kritikal, gua syak mesti ada kes pukul-pukul ni sekejap lagi ni. Badan brader tu tegap semacam, lengan pula berparut dan berotot pejal, buku lima brader tu tak payah cerita la, kelima-limanya timbul macam bearing lori, gua rasa ini kalau timbuk orang ni berterabur jugak struktur asal gigi mangsa. Agaknya brader ni hari-hari berlatih timbuk batang pisang belakang rumah dia. Brader askar tadi berlalu pergi bersama tiga lagi membernya yang badanya tak adalah sebesar mana, tak adalah berotot mana. Kenderaan tersebut dipecut dengan laju tak sampai gear ketiga gua kira, tak nampak bayang dah. Namun sebelum mereka berlalu dengan kereta berjenama Proton, gua sempat peratikan stiker kecil pada nombor plat belakang.

"Ooo.. patutlah, tiga line.." Kata gua dalam hati.

"Biasalah tu, tak tarik kereta tak sah, tak tarik makwe tak brader, tak bergelut  pulak panas punggung.. hai ape nak jadi dengan anak muda kita sekarang ni" Tiba-tiba pak cik bawak teksi meja belakang gua bersuara sambil menghirup kopi jantan yang masih berasap.

Gua diam tanpa menyahut, peh macam mana pakcik ni boleh baca fikiran gua macam makwe dalam cerita No ordinary family ni. Naik pening juga gua fikirkan hal ni. Dalam pada itu gua teringatkan member gua dekat kampung, Ramli. Entah kerja apa dia sekarang, las gua jumpa pun tahun lepas itu pun masa dia nak ke gym. Katanya nak join kelab tarik kereta peringkat kampung. Masa tu tubuh Ramli dah macam Malek Noor, dressing pun dah macam heavyweight punya juara.

Gua tak heran sebab dari sekolah Ramli suka makan telur, telur  rebus gua masa makan RMT sekolah rendah dulu pun dia yang habiskan.

Jumaat, Februari 18, 2011

Dalam suasana romantik

Hidup gua semenjak dua menjak ni tak berapa nak terurus, kucar kacir. Henset sudah seminggu tak bertambah nilai, minggu lepas gua dengar bunyi ringtone band Nidji dari album top up berjudul 'Biarlah' berulang kali, entah terjatuh celah katil belah kiri ke kanan gua tak berapa nak pasti malas gua nak cari. Perut pula dah dua hari dijamu roti krim, Rumah sewa pulak dah lama tukar pakai lilin, romantik jugak suasana dalam rumah ni. Nasib baik kedai mamak ada perkhidmatan wifi percuma, dapat jugak gua bukak blog dari rumah. Petang petang sambil pekena teh dengan roti krim, apa salahnya gua cas bateri. keh keh keh..

 Hasil carian gua dekat google, 'candle light dinner'

A Philosophy

Kerajaan dan Demokrasi

Sumber kepada penipuan serta perbuatan jahat. Menawarkan demokrasi dan kebebasan, memberikan hak untuk kita memilih 'leader' jadi ia bukanlah salah mereka jika kita menyesal 5 tahun selepas itu. Kemampuan mereka, bergantung kepada pegangan mereka. Hasil yang kita saksikan sekarang ini, adalah sebahagian dari komisyen mereka.

Hinggakan keputusan yang boleh dibuat dalam masa 5 minit, mengambil masa 5 tahun untuk berbincang.

Brother, cousin, friend, stranger and King
To any soul who were fated enough to have read this
Believe that your ‘time’ is already waiting
As I had to when I just felt I had to write all these
Not for hate, Not for conspiracy nor blasphemy
Merely the truth is I am not yet ready
And I am still not yet who I want to be…
Perhaps our future will start to better
If we all acknowledged the signs together
And secure 6 billion of us a true vision of a real future
And I can be proud to being able to have had
The tastes and flavor of joy, love and honor
To had been a man, a son, a husband, and a father

“Everything that CAN be invented, has been invented? Can we give ‘heaven’ a try?”

Jumaat

Sebenarnya, agama adalah ilmu terpenting dalam hidup. Pekerjaan, itu semua mainan. Gua tak memain, gua serius nih!

Khamis, Februari 17, 2011

Malas

Semenjak dua menjak ni gua jadi malas nak menulis, entah kenapa tah. Bila gua fikir-fikir balik, bukan Perdana menteri nak baca pun blog orang kebanyakkan macam gua ni, apatah lagi menteri di jabatan perdana menteri.

Isnin, Februari 14, 2011

Bila gua join JAIS


Kalaulah gua join JAIS, dah lama gua terjah hotel-hotel dan serbu rumah-rumah tumpangan, siasat aktiviti anak muda berbangsa melayu. Dalam menjalankan misi murni tu, gua akan bawak 2 orang brader yang badannya biarlah macam dalam iklan ubat nyamuk. Akan gua serbu taman-taman bunga, tasik-tasik buatan, shopping complex, tandas awam, dalam wayang midnight, hatta kereta yang bawak selaju 20km/jam di tengah-tengah highway sekalipun gua tak akan lepaskan.

Mana-mana pakwe yang cuba nak main kasar, gua tolak brader ketak je buat modal bergelut apa adahal? Gua buat semua ni sempena 14 Februari, demi menyedarkan bangsa Melayu yang kian hilang maruah diri ditelan arus kemodenan. 

Sedang negara-negara islam lain berjuang menentang pemimpin demi menuntut demokrasi, bangsa kita tewas dengan nafsu serakah yang buas beraja dihati.

Gua berhajat nak isi borang keahlian JAIS bila senang-senang nanti.

Ahad, Februari 13, 2011

Antara Punk dengan fesyen


Gua tak tahu sejak bila punk pakai maskot Badut
Punk itu satu idealisme, bukan fesyen brader. Dah berapa kali gua ingatkan, begitu juga dengan indie. Budak-budak zaman sekarang suka betul berfesyen secara melulu. Setakat usung gitar sana sini, sarung seluar skinny, tshirt ketat macam neraka, rambut panjang sedepa, melepak depan bukit bintang itu bukanlah indie. Itu cari makwe namanya. 

Cilake! mempergunakan nama indie untuk kepentingan sendiri. Gua peratikan dekat Bukit Bintang memang ramai jenis yang macam gini. Jenis nak tarik perhatian orang.

Lu orang kalau nak all out pun jangan la macm gini.

Amacam Rooney? Lu memang brader!

Rooney lu memang Rude boy! Gol lu memang ada gaya, apa ingat Brader Berba je boleh buat gol macam gitu? Terkesima Joe Hart sekejap tadi dengan gol yang dijaringkan oleh Rooney. Baru lu tau macam mana brader-brader main bolasepak. keh keh keh.. 

Permainan berkesudahan dengan Manchester United (2) Manchester City (1). Gol tunggal Manchester City hadir pada minit ke-65 hasil jaringan Pemain baru mereka iaitu Edin Dzeko yang menerima lorongan cantik dari Shaun Wright-Phillip. 

Manakala gol Manchester United dihasilkan oleh Luis Nani, 5 minit sebelum rehat masa pertama dan melalui jaringan cantik dari penyerang sensasi mereka, Wayne Rooney pada minit ke-78. Hantaran Nani berjaya disempurnakan oleh Wayne Rooney dengan penuh gaya, mutu serta keunggulan.

Dengan ini Manchester United telah menjarakkan diri dari pencabar terdekat mereka The Scout Boy, Arsenal yang kini tengah bergelut melawan kerkahan Wolve! keh keh keh! Keputusan terkini Scout Boy mendahului Wolve 1-0, hasil jaringan Robin V.Persie pada minit ke-16.

Sabtu, Februari 12, 2011

Entri

Budak-budak zaman sekarang dah tak sama dengan budak-budak zaman gua  jadi budak dulu. Sekarang semua budak-budak celik mata kemudahan tersedia, kemewahan merasa, cepat tangkap jenis otak geliga. Zaman gua sekolah dulu gua ada sorang member, jenis otak geliga jugak. Gua memang tak berapa nak puas hati asal ujian je dia skor, asal skor je nama dia naik kat perhimpunan apa kejadahnya? Ada konspirasi bising internasional ke antara cikgu-cikgu sekolah gua ni?

Ok, gua tak nak cerita pasal member gua punyai otak geliga, gua nak fokus tadi pasal budak-budak zaman sekarang, zaman restoren mekdi ada wifi. malam semalam gua ada ke mekdi, sesampai je gua kat restoren mekdi, gua terkejut. Gua pandang dalam restoren, gua pandang label mekdi. Berkali-kali jugak gua ulang, gua bukan apa gua tengok ramai yang bawak kalkulator santifik bersama buku rujukan dan Laptop jenama US duduk melepak kat mekdi, hisap rokok pung pang pung pang!

"Mekdi ada buat peraduan kira-kira agaknya malam ni" detik hati gua. 

Dengan cermat, gua mengatur langkah yang sederhana besar gaya manager syarikat multinasional masuk dalam mekdi dengan niat suci nak buat order. Tiba-tiba kaki gua terasa macam tersauk sesuatu macam akar kayu, nasib baik kung fu wing chun ajaran pak IPMan, gua sudah kuasai sampai tahap ke-9, tenang je gua imbang postur badan gua. Gua pandang bawah, pehh.. wayar charger siapa pulak yang melintang pukang ni?  berselirat! tak pasal pasal gua dah bukak kung fu tengah balai mekdi. Cilake, nasib baik gua tak jatuh tersadung tadi kalau jatuh memang gua bawak hal ni naik ke mahkamah, tak pun masuk aduan rakyat.

Rupanya mekdi telah bertukar menjadi perpustakaan awam serta makmal kompiter! peh! Apa cerita ni brader? nak duduk pun tak ada meja ni. Masing-masing buat macam rumah sendiri. Meja nak dua, kerusi nak empat duduk 2 orang je. Gua bercekak pinggang sambil geleng kepala tanda tak setuju dengan perangai anak muda zaman sekarang.

Gua usha keliling dalam mekdi tu, memang tak ada tempat dah untuk gua, memang tak ada. Semua kerusi meja sudah ditawan pasangan masing-masing. Gua rasa kalau gua berkeras mintak kerusi, boleh jadi bergelut jugak dengan brader badan ketak kat hujung tiang sana. Lengan saja dah 4 kali betis Roberto Carlos, goyang jugak gua nak tunjuk berani keh keh keh..

Kesudahannya gua balik rumah dengan harapan mekdi itu akan dirobohkan oleh majlis perbandaran.

Gua tak tahu kenapa gua minat dengan gambar yang nih. Keh keh keh..

Mubarak


Akhirnya setelah gua masuk campur, Mubarak setuju letak jawatan. Gua harap selepas ni Mubarak join tabligh. Syabas gua ucapkan kepada Rakyat Mesir. Malaysia bila lagi? keh keh keh..

Jumaat, Februari 11, 2011

Mateja Kežman


Lu orang masih ingat lagi sama ini pemain? Pemain ini menempa nama ketika beliau berada di liga Belanda semasa menyertai kelab PSV Eindhoven. Akan tetapi, penampilan beliau ketika di kelab lamanya iaitu FK Patizan telah berjaya memikat ramai jurulatih pasukan terkenal dan beliau telah memilih untuk menyertai kelab Belanda dengan yuran perpindahan bernilai 8juta euro pada tahun 2000.

Di awal kemasukannya, beliau telah menjadi penjaring terbanyak di liga Belanda dengan catatan 24 gol dalam 33 perlawanan. Kegilaan melobos gawang lawan tidak berakhir di situ malah makin menjadi-jadi ketika beliau berada di PSV. Sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut beliau telah mencipta rekod sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol melebih-lebih di liga Belanda pada masa itu. Beliau telah menjaringkan sebanyak 105 gol daripada 122 penampilan.
Namun begitu pada musim panas tahun 2004, gua rasa beliau telah membuat pilihan yang salah. Menyertai kelab inggeris, Chelsea yang nyata menengelamkan bakat serta kebolehan beliau yang seterusnya memusnahkan karriernya. Ledakkan golnya makin berkurang dan beliau banyak bermain di posisi benchwarmer.

Gua dengar cerita sekarang dia bermain di liga Hong Kong, kelab south china AA. Main tak sampai pun full time.

Khamis, Februari 10, 2011

Hilang Akal

Sebenarnya, gua dah lama tak bukak Facebook. Apa dah jadi kepada kawan-kawan pun gua tak tahu, apa status pakwe-pakwe, makwe-makwe gedik pun gua dah lama tak baca inikan pula status-status remaja yang baru nak naik dalam scene kerja. macam cilake, baru kerja sikit dah nak tunjuk sibuk dengan disusuli status-status yang berbaur ketagih kerja. Gua nak celah pun fikir dua belas kali tiga. Peh tekanan neraka brader!

Mana pergi status status punk? mana pergi status status kutu? mana pergi status status berbaur kutukan? mana hilang status status pekena teh? 

Gua perati abah gua yang sudah 50 tahun bekerja tu, tak ada pun sibuk sibuk nak tulis status kat Facebook, kata nak pergi makan la, nak susun file la, eh terpijak kaki staff la, eh kejap lagi meeting la, ini hari o.t sampai lewat malam la.

Eh, hilang akal apa. Sebab tu gua dah tak berapa nak into dalam facebook. Harapan gua semoga fenomena ini akan berakhir secepat mungkin.

Syabas Harimau Malaya.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk gua mengucapkan syabas kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan skuad bolasepak Hong kong. Kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong sudah cukup besar dan bermakna buat peminat bolasepak tanah air yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Gol pertama hadir pada minit ke-44 sebelum rehat babak pertama, ia dihasilkan oleh ketua pasukan, Syafiq Rahim. manakala Amirul Hadi Zainal pula berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-90. 

Syabas sekali lagi gua ucapkan!!! 

Rabu, Februari 09, 2011

Prebiu, Malaysia Menentang Hong Kong



Pasukan kebangsaaan, Harimau Malaya akan turun menetang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Shah Alam malam ini.

Sepak mula macam biasa jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung di stadium Astro Arena saluran 801 bermula jam 8.30 malam. Bagi yang tiada astro bolehlah ke kedai kopi berdekatan untuk memberi sokongan padu. 

Skuad Harimau masih lagi dibarisi kebanyakan pemain utama ketika menjadi juara menetang skuad Garuda tempoh hari. Tapi gua dengar cerita dari uncle Gopal, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan tidak disenaraikan akibat kecederaan yang dialami mereka ketika piala asia lepas.

Uncle Gopal dijangka akan kembali memilih Farizal Marlias selaku Penjaga gawang manakala Apek terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Di perbatasan pertahanan pula kita akan menyaksikan kembalinya kelibat Aidil Zafuan Razak setelah lama tersisih ekoran kecederaan yang dialaminya. antara barisan pertahanan lain ialah Muslim Ahmad, Fadzli Shas dan Asrarudin Putra manakala Sabree Abu, Mahaili Jasuli dan Faizal Mohamad berada di bangku simpanan.

Barisan tengah, gua ingat ketiadaan pemain gelabah, Amar Rohidan tidak akan memberi sebarang impak. Kerana pemain ini kerap buang bola secara huru-hara. kadang-kadang naik angin jugak gua bila tengok dia ni hendle bola. Gua harap barisan tengah yang diketuai oleh Safiq Rahim boleh bermain secara handal dan tenang bersama-sama S. Kunalan, Ashaari Shamsudin dan Amirul Hadi Zainal. Mereka berempat ditugaskan untuk merencana dan mengumpan bola ke kubu lawan sehingga berjaya menghasilkan gol. Bisa keempat-empat pemain ini juga ditagih untuk membantu posisi serangan yang diterajui oleh penjaring terbanyak piala asia yakni, brader Safee Sali. beliau akan berganding dengan Ahmad Fakri Saarani supaya dapat meghuru-harakan serta mengucar-kacirkan barisan pertahanan pelawat dan seterusnya akan menerobos gawang untuk menghasilkan gol-gol kemenangan buat skuad Malaysia.


Dari segi taktikal, Malaysia turun dengan formasi seperti mana perlawanan terdahulu dengan K. Rajagobal dijangka akan terus menggunakan taktik keramat 4-4-2. Mengharapkan barisan tengah menjana serangan dan pemain penyerang pula menyempurnakan peluang yang terhidang.

Gua harap skuad Harimau Malaya tidak memandang rendah akan keupayaan pasukan bimbingan Tsan Wai Chung yang turun dengan lebel underdog setelah dibelasah teruk oleh skuad Paraguay, akhir tahun lalu.

Selasa, Februari 08, 2011

Julian Casablancas

Kadang-kadang teringin jugak gua nak ada band macam mamat nih. Tak payah gua nak part time ambil upah panjat kelapa, panjat rumah ganti atap, kutip tin, jual besi rel keretapi, jaga mini market. Tak payah lagi gua nak ambil upah potong rumput, siram pokok bunga melur, beri makan buaya kat zoo. Tak payah, tak payah, semua tak payah.

Janji band gua dapat main, buat konsert jelajah asia, konsert amal, dan main sebagai band jemputan dalam rancangan muzik-muzik pun gua agak dah ok. Kalau nak part time sekalipun, boleh perform kat majlis kenduri kahwin orang-orang kampung. Duit masuk nanti pun tak ada la cukup-cukup makan je, pehh.. syurga.

 

E-mail



Pak hitam Afrika ni dah berapa kali gua delete email dia, asal gua delete hari ni, esok masuk balik, delete esok, lusa masuk balik, tak termasuk yang minggu lepas punya delete, bulan lepas punya delete lagi malas nak cerita. 

Penat la gua nak buat kerja-kerja mendelete yang tak bawa untung tu, ada yang jenis tak malu muka mengaku gua ni sepupu dia, waris belah mak, wakil arwah datuk gua yang ada meniggalkan harta pusaka berbillion dollar. Gua dah lali dengan perkataan Bank Of Africa. Kalau tau kat atuk gua ni, mau disoalnya balik sulur galur keluarga.

Tahun lepas, gua pertama kali dapat email macam gini berkecamuk jugak perasaan. Mau taknya 1.5 juta dollar brader dia nak bank in kat mebenk gua ni. kucar-kacir jugak gua masa tu, dalam kepala dah plan nak berenti sekolah, dengan kekayaan sebegini gua boleh menewaskan aset Malin kundang yang kat dalam sinetron tu.

Nasib baik akal gua panjang.




Isnin, Februari 07, 2011

Toyota

Tadi pagi gua ke benk, gua ada sedikit urusan dengan mesin ATM dan para pegawai benk. Pagi hari gua keluar, dalam pukul 8.30 pagi gua start kereta abah gua, panas enjin lebih kurang gua jalan. Maklumlah nak jadi kereta kena la lasak, siapa suruh jadi kereta, jadila manusia ke, laptop ke, jalan raya ke nasib kau la sebab jadi kereta. Gua menggeluncur dengan kelajuan 60mph.

Sedang dalam pengembaraan ke mebenk, gua layan radio brader, pengulas stesen radio tu ada mengatakan jalan jem. pehh.. gua dah start kucar-kacir, nak tekan minyak pun gua tekan brek, patut la kereta tak nak pergi brader, gua ingat ada jembalang hinggap kat tayar kereta abah gua dah tadi. Cilake punya pengulas radio saja buat gua kucar-kacir. keadaan kembali tenang setelah gua alih ke siaran lebih muda, lebih indie, lebih power. Baru lah kereta lama jiwa muda brader. Ok, abah gua merupakan peminat kereta lama pacuan roda belakang jenama Toyota KE20.

Pendekkan cerita, jemnya tak seberapa tapi gua sampai mebenk pukul 11.00 pagi apa cerita?

Menyesal gua folo pak aji kopiah bawak kereta. Pak aji nih jenis bawak kereta ikut haluan sendiri, sengaja gua biarkan dulu. Setelah lima belas minit gua bengang. 

Gua cucuk angin pak aji tu dengan harapan beliau memahami kehendak anak muda seperti gua ni, gua tengok pak aji tu tidak memberi sebarang tidak balas. Gua tekan hon, pehh bisu rupanya pacuan roda belakang abah gua nie, gua down kejap.

Nak potong gaya The Stig pula, gua takut nanti kereta gua dengan kereta pak aji jadi sama timbang, malu sakan gua nanti, tak pasal-pasal pak aji tu gelakkan gua. Jadi gua pasrah. Gua faham level enjin Vtec ni macam mana.

Nasib gua naik KE-20, kalau naik Supra gua dah terbangkan kopiah pak aji tu. Tunggu pak aji, tunggu. Gua pakai Supra nanti kita jumpa lagi. Nasib baik gua ke mebenk keluar duit 50 ringgit je, kalau gua ada 50 juta, time tu jugak gua angkat Toyota Supra.

The Blues kecundang

Nampaknya Chelsea terpaksa akur dengan kekalahan di tangan The Kops..
Gua tidur dengan hati yang puas! keh keh keh..

esok kita tengok bedah siasat pasukan The Blues.

Ahad, Februari 06, 2011

The Kops menentang The Blues

Gua akan mengulas sempena perlawanan The Kops menentang The Blues malam ni. Amacam?

Will Toress score the goal in this game?




Amacam?

Chelsea-0, Liverpool-0

makwe dalam gambar tu mewakili Toress, "dulu gua lain, sekarang gua lain." kata the Nandos.
keh keh keh..

Amacam?

cerita dulu-dulu

Dulu, masa gua kecik-kecik gua kerap jugak turun ke bandar bila hujung minggu.
Dressing tak payah cakap la, memang Punk habis. Gua turun dalam 3 orang kutu je time tu, kata Nordin kalau turun ramai-ramai nanti macam paria pulak meriah, sebab itu lah kami bertiga sebulat suara untuk turun bertiga sahaja. Nordin, Jani campur gua. 

Dua orang kutu ni memang dressing tahap maut, tapi gua main pakai ikut dan je, tapi gua solid brader. selalunya Jani yang incas dalam kes tahan-tahan bas. Gua dengan Nordin rilek je bawah bangsal, time tu perasaan gua tengok Jani bercampur kesian, mana tak nya berpeluh sakan si Jani masa menahan bas.

sampai je bas Liam Ho, semua pakat cari port paling belakang, port gua macam biasa lah sebelah tingkap. Gua layan solo, tak campur dengan kutu masa dalam bas, sebab gua pasang impian nak duduk sebelah makwe, tapi celaka sekali pun tak pernah.

Sampai pekan, kami main snooker seframe. sebelum balik singgah beli goreng pisang warung Ajis singget.


Kadang-kadang bila fikir balik sekarang ni, bangang jugak aktiviti gua time jadi budak dulu-dulu. keh keh keh..

Sabtu, Februari 05, 2011

Menulis

"Nak menulis ni kena rajin!" Sound Jani tempoh hari. 
 Tapi sejak kebelakangan ni gua jadi malas ni, apa cerita ni?

Luahan dari lubuk hati.

Gua ingat lagi dulu-dulu masa gua start-start nak Punk dulu gua start dengar tali kaset Green Day. Bila gua dengar je tali kaset Green Day ni gua terus rasa nak rebel, kerja gua rebel je tak habis-habis. Salah sikit gua mengamuk, silap sikit gua terajang pintu bilik, willy basikal kadang-kadang, tu pun nordin yang ajar gua cara-cara willy, tapi bila lapar tau pulak gua pergi dapur makan nasi.

Time tu sape tak layan Green Day memang tak Punk. Dressing ke sekolah dah mula kearah Bille Joe, kuat benar dia punya pengaruh. Dulu-dulu Bille Joe tak ada nak mengada-ngada sampai pakai celak sana sani, pakai gincu hitam legam. Dulu dressing ikut dan je baru punk. 

semenjak Bille joe dah mula pakai celak macam tabligh, buat rambut kelakar dan pakai baju macam uniform pejabat, gua dah tak berapa nak folo sangat dah. Last gua layan Green Day masa album Warning. 

sekarang gua tak tahu apa dah jadi pada Green Day, bila dengar je lagu-lagu baru mereka feel rebel gua segan-segan je nak datang.

Gua rasa kecewa dengan Green Day.


Band budak pejabat mana entah.


Jumaat, Februari 04, 2011

Logo dekat-dekat serupa tapi tak sama.

Ini hari, ini jam, ini saat, gua nak main fakta hajatnya serba sedikit, kalau fakta gua berterabur lu orang betulkan ye?


GUCCI DAN  CHANEL
Pertama sekali bagi makwe-makwe yang suka shopping tu, kalau lu orang tak perasan logo ni dekat-dekat sama, jangan gelar diri kaki shopping.


CARRIER DAN FORD
Bagi brader-brader yang guna kreta ford buat panjat bukit, pergi pasar ke, buat resing ke satu je gua nak cakap, lu orang ada perasan tak logo Ford ni dekat-dekat nak sama dengan logo kampeni aircond dari Australia, jenama Carrier.


MINI, BENTLEY DAN CHRYSLER

 
Ini lagi satu hal, dah tak ada modal ke ambil sayap jugak buat jadi logo, dah tu semua nak sama pulak tu. Nak kata Freemason, ape kejadah pulak lambang sayap. Proton steady je pakai logo bulan bintang. kah kah kah..


FDA SEGA DAN CNN
Masa gua tengah darjah-darjah dulu gua selalu main video game tape jenama Sega. Tak perasan pulak gua, logo Sega sama dengan kampeni lain.


SINARMAS DAN AIRBUS
ini pulak gua tak tahu nak cakap apa, yang gua tahu, sinarmas kampeni dekat Jekartah, manakala Airbus kampeni buat kapal terbang brader. Bukan calang-calang.


SUN DAN COLUMBIA
masa gua daftar kelas kompiter dulu, kompiter banyak pakai Sun punya jenama. Entah apa kaitan barangan sukan dengan barangan kompiter pun tak tahu la. Ape kes ni sama ni?

LACKERS DAN CLIPPERS
Ok, dua-dua logo ni merupakan logo pasukan bola keranjang. Dua-dua pulak dari Los Angeles. Kes ni diklasifikasikan sebagai tak ada idea. Agak-agak la Manchester United dengan Manchester City pun tak macam lu orang.

KAMLOOPS BRONCOS DAN BOISE STATE

Ini pulak jenis malas nak buat logo lain, pakai masuk photoshop Flip image je. Senang. ni mesti zaman-zaman belajar dulu kerja kopi paste. Tapi ini tak apa sebab sekolah sama, maskot sekolah tu nama Broncos, sekolah pulak nama Boise state.


Ok gua tak nak cakap banyak, kalau salah lu orang tolong betulkan. Wachaaa!
 

Iklan

Gua tak tahu apa lagi nak buat dengan kompiter gua ni, takde kutu nak ajak gua lepak ke..?
Macam update status dekat Facebook pulak gua rasa. kah..kah..kah..

Jani oh Jani

Gua rasa tak payah lah gua cerita pasal lepak dengan Jani tempoh hari. tak ada pekdahnya, nak usha makwe UKM la, makwe KPTM la, makwe akedemi percukaian la. Gila apa, dengan gua-gua sekali gila. 

Gua lupe makwe-makwe semua balik cuti. Cilake Jani, gua karate tengkuk lu baru lu tau la. 


penyudahnya, gua dan Jani main PES. 


Khamis, Februari 03, 2011

Jani

Sekejap lagi melepak bersama Jani.

perati betis makwe lagi, sembang pasal politik, raya cina, youtube, The Strokes, huru-hara Mesir. malam karang gua cerita serba sedikit. 

sebelum gua turun pekena teh dengan Jani, gua sempat Google nama Jani kat internet.
"Apa kejadah Jani buat dalam pakaian sami nie.. kah kah kah!?" Rungut gua sambil tergelak besar!


kah kah kah.. Jani, Jani.



Baran

Pukul 12.30 tengah hari tadi manager mebenk kol gua, ajak gua lepak sama.  Terus gua bingkas bangun, gosok gigi lebih kurang, mandi pun lebih kurang, capai baju dekat kerusi gua start motor berkuasa rendah milik gua dan menghala ke kedai kari Hakim. 

"peh ada jugak rezeki gua hari ni.." bebel gua sambil membetulkan side mirror kiri yang sedikit ke atas. Ini kalau tak kerja aci tukang mop ni mesti kerja si Lisa minah kilang nih. Jenis nak melawa tak kira tempat.

tak sampai 15minit gua pun muncul depan restoren kari yang memang menjadi tumpuan muda mudi apabila hujung minggu. Brader-brader EPL akan memenuhi ruang kedai apabila sepak mula liga inggeris bermula. manakala setiap Rabu, pakcik-pakcik gusti pasti berkumpul bertanyakan update gusti terkini. siapa king, siapa tewas sambil ditemani secawan teh pekat, tak termasuk yang berpasangan bagai merpati dua sejoli lagi yang duduk diceruk-ceruk dinding entah apa yang dibelek pun gua pun tak pasti. kalau begini gua agak untung kasar restoren Hakim ni mengalahkan kampeni multinasional serta orang-orang besar MLM.


"Pam..! "Pam..!" "Pam..!"

gua kenal sangat dengan tone bunyi tersebut. Tak payah pandang pun gua dah tahu itu Aji. Aji merupakan tukang buat roti canai. kalau nenek-nenek yang tak biasa datang lepak restoren ni gua rasa ada potensi dapat serangan jantung.


Sedang gua ralit peratikan betis makwe-makwe, hisap rokok pum pang pum pang, Nordin tiba dengan penuh gaya pekerja benk. gua pulak gaya kutu. agak kurang selesa jugak gua rasa. cepat-cepat gua ubah posisi duduk gua daripada tak ada tulang belakang, terus tegap macam ahli bina badan.

Nordin dan gua bersalaman. kemudian beliau duduk pada posisi mengadap ke gua, gua mengadap ke dia. Dia memulakan bicara. bertanyakan keaadan kesihatan gua, status gua, kerja apa gua sekarang. Jenis caring tak tentu hala pulak Nordin ni. tiba-tiba Nordin menepuk bahu gua dan bertanyakan soalan lazim yang gua memang tak gemar nak menjawab sejak dari dulu lagi. Gua jadi baran. Darah gua kalau mengalir keluar rasa-rasanya warna hijau, lengan gua berurat, nafas gua dari steady bertukar kencang seperti jagoan pecut, usain bolt. 


"Lu nak kena tendang ke?" Jerkah gua sambil mata merah gua merenung tajam muka Nordin. Aji yang menepuk roti canai tadi pandang gua, semangat menepuk rotinya sudah hilang sedikit demi sedikit, gaya menepuk pun dah kucar-kacir tak macam mula-mula gua sampai sini tadi, temponya sudah berterabur, kadang-kadang kuat kadang-kadang perlahan. Zaman gua kutu gua memang jenis panas baran sikit orangnya. Nak-nak kalau dengan Nordin. 

Duk cakap pasal gaji, gaji, gaji.. ni malas gua nak melepak dengan orang berkejaya ni.. tak habis-habis sembang tanya gaji. Sembang la ke arah berfaedah sikit. Tanya la pasal MLS ke, fernando Toress pindah kelab ke, pasal keadaan Mesir ke.

Gua start motorsikal, gua balik rumah itu jam juga. Gua minum air kotak sambil makan roti krim gua tulis blog. sekrang gua post dan lu orang tengah baca. kah kah kah..

Duit

"Apa hebat sangat ke kuasa duit nie?" bentak sorang kutu bernama Leman semalam. Gua baru lepas melepak dengan Leman semalam, bercerita tentang dunia, negara, banjir, eksiden, minyak naik, krisis mesir, Blog, Hanis Zalika, tak masuk cerita tentang Najib nak bawak masuk rage against the machine kalau menang Pilihan Raya Umum kali ni. Gua rasa kalau bukak cerita Najib mau pukul 5 pagi baru balik rumah.

ATM 2

ATM Pakcik itu memasukkan kad atm ke dalam mesin keluar duit automatik. Tapi taknya boleh boleh juga. Dia berusaha berulang ulang kali namun usahanya tidak berhasil. Pakcik yang kedua cuba membantu. Hasilnya tetap sama. Pakcik yang pertama tadi ambil keputusan bertanya orang di dalam bank.
Pakcik yang kedua ambil alih mesin atm. Kusangkakan pakcik yang kedua ini mampu melakukan yang terbaik berdasarkan lagaknya menjadi jurulatih pakcik yang pertama tadi. Sangkaanku jauh meleset. Pakcik yang kedua masuk kad terbalik sambil tersengih " Aih..taknye boleh juga..". Pakcik yang kedua turut mengikut jejak langkah pakcik yang pertama. Masuk ke dalam bank dan bertanya orang bank.
Sampai giliran pakcik yang ketiga. Pakcik yang ketiga nampaknya dari golongan professional. Sekejap saja dia settlekan pengeluaran duit, mengira ngira duit dan terus blah dengan muka yang puas dan buas. Hek eleh..baru tau ilmu keluar duit dah kedekut..tu kalau ada ilmu buat laut dia sorang je laa mandi laut kat depan rumah…

Rabu, Februari 02, 2011

FACEBOOK

Ketika gua mengepos entri ni gua rasa gua dah tak berapa nak on air sangat
dah dalam scene facebook. Gua dah mula muak, muak dengan status-status jenis gedik dalam arena facebook, antaranya

"sok sekolah keww??? malasnyeww"
"kaw dan akew"
"jangan lambat taw, giget awk nanty"
tak lupa juga yang jenis macam ni,
"awak adew fb kew? x bgtaw titew pown"

pehh.. nak tergeliat lidah masa mula-mula gua nak membacanya kenape perlu ada "W" lah "Y" lah dekat pengakhiran ayat tu dik? status-status ni gua pinjam dari budak shuffle dan gua agak dari kalangan peminat Bangpes berdasarkan gambar profil dan gaya bergambar mereka.

Gua mula risau melihat status-status budak-budak zaman sekarang. Layu, melankolik, gedik melodrama dan segala-galanya lah. macam setan..

masa gua ON air scene Facebook dulu, login dia macam gini lagi



login Facebook bila kaki shuffle, kaki myspace, kaki frenster dah mula join.


Gua cuma nak peringat satu perkara dimana,

"status dan komen bagai irama dan lagu"

Selasa, Februari 01, 2011

Akal

Gua ada satu akal..! 


Bagaimana kalau gua ke mesir selamatkan budak-budak Malaysia kat sana? Nak tunggu Malaysia memang haram jadah lah.
dalam situasi macam ni pun nak berkira-kira tentang risiko, pejadah!..Negara Iraq pun dah hantar pesawat, kapal terbang, jet peribadi dan sebagainya nak keluarkan rakyat dia.. IRAQ woiiii, IRAQ. IRAQ yang tengah kelam tu pun bijak.
Malaysia? nak naik kapal pulak dah, nak tunggu kapal sampai je dah berapa hari pulak? tak kan nak tunggu ada pelajar yang terkorban baru nak bertindak?
pentingkan dulu keselamatan rakyat tuh, kata "rakyat didahulukan," gua tak nampak pun lu orang pakai kata-kata tu. orang lain dah bertindak lu orang masih lagi nak meeting bagai. time ni la buat nak ikut prosedur, cuba kaum kerabat lu orang ada kat sana, tau pulak nak menggeletis mencanak hantar bantuan. dengar cerita tentera udara ada kapal terbang besar. apasal lu orang guna kapal?
tak payah nak please kan orang-orang atasan lu laa bila pergi lapor dekat media dan rakyat yang,
"rakyat malaysia keselamatan mereka dijamin" Kepala abah kau la!!!
gua kalau mengamuk lebih kurang macam ni la

 


Kau hidup hanya sekali

3 Januari 2009, 5 orang pemuda sudah siap sedia mahu memulakan seisi mereka. seperti biasa, lead gitar akan dimulakan dahulu yang seterusnya diiringi oleh ketukan drum dan bassist.

Vokalis pula berkali-kali merenung jam tangannya, sambil memetik jari dan menghentak kaki mengikut alunan muzik. beliau hanya menunggu masa untuk mencelah dan memulakan ceritanya.



"Oooooooh Oooh Oooh

Sesetengah orang akan fikir dialah yang betul.
yang selebihnya akan diam dan membisu
serta menurut tanpa berkata apa.
yang sebahagian dari mereka adalah baik, baik, baik, baik dan baik.
tetapi di dalam, mereka berasa sedih dan bersalah.

Oh tidak.

Dua puluh sembilan cabang yang berbeza.
Tetapi hanya tujuh yang disukai.
Dua puluh jenis cara untuk menilai dan mengenal dunia.
Dua puluh jenis cara juga untuk memulakan sengketa dan perbalahan.

Dan juga tidak termasuk amalan agama yang pelik.
tidak kisah jenis mana yang kau pilih.
tersalah pilih susah berpatah balik.
Ada yang pernah mencubanya tetapi.
Ramai yang sudah sedar."



 

"Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu."

Dengar cerita banjir Johor makin buruk. penduduk yang kena pindah pun makin meningkat. pagi tadi sedang gua hirup secawan kopi panas jenis guarana gua ada dengar berita pagi kat tv3 katanya dah 40k mangsa yang dipindahkan, habis zohor tadi gua dengar sudah meningkat ke 60k. dahsyat, dahsyat.

walaupun separuh berita yang disajikan agak tidak boleh pakai akan tetapi liputan bencana alam jenis ni gua rasa agak lengkap juga dengan keputusan mangsa banjir yang senantiasa dikemaskini, ada ketika jika perlu wartawan turut ke lokasi banjir untuk berlintas langsung.

akan tetapi gua dah jarang melihat kemunculan seorang wartawan liputan, Karam singh walia. Karam ni jenis wartawan yang cakap suka lepas dan suka berpantun empat kerat gaya sindir macam neraka. sindiran dia agak pedas dan panas macam neraka bila didengari pihak yang bersalah. maka dengan segera tindakan akan diambil dan masalah itu akan turut selesai. kadang-kadang tergelak juga gua mendengar pantun yang dilantunkan oleh uncle Karam ni.  silap hari bulan kena ugut bunuh ko Karam! kah kah kah...!

gua sudahi minum pagi gua yang agak sober itu dengan membeli karipap pusing, gua beli dalam lebih kurang seringgit. tetapi hari ni gua pelik, gua bayar seringgit karipap dapat 3 biji je? selalu seringgit 5 biji. 

"Dahsyat jugak penangan minyak kat Malaysia ni ek" gua bermonolog dalaman sambil membelek struktur karipap yang dibeli kalau-kalau menggunakan protien bermutu tinggi. 

Basikal

Macam celaka jugak rasanya bila harga seliter minyak zaman sekarang ni  boleh sama dengan harga sepinggan nasi ayam. Dulu gua ingat minyak petrol gua beli kat kedai seringgit je satu botol. 

Lepas ni gua kena fikir dua puluh empat kali, isi minyak ke layan nasi ayam. Gua rasa gua berat ke nasi ayam sebab gua ingat lepas ni gua nak pakai basikal je macam zaman perang dulu. basikal atok gua pun masih ada lagi kat belakang telaga sana. 

nasi ayam RM 2.50


Ok, gua akhiri dengan jeritan Padu "1Malaysia" kah kah kah.. macam celaka!


Rakyat didahulukan.

Keadaan stesen minyak tiba-tiba menjadi hiruk-pikuk, pemandu kereta kelihatan resah. tak kurang juga penunggang motorsikal yang turut mengambil bahagian.

"macam pesta ye pak cik ye?" tanya gua ke pak cik ripin sambil memandang kereta yang berebut-rebut mengisi minyak full tank. 

"agaknya sempena raya cina ni mereka nak balik kampung la tu" jawab pak ripin yang sedang menggulung rokok daun, rumah pak ripin ni meghadap stesyen minyak, belakangnya pula bengkel kereta kepunyaan menantu beliau.

Sedang Mesir dilanda rusuhan puluhan ribu rakyatnya, Malaysia pula dilanda?

gua syak pam minyak ni ada buat sikit kebajikan.