Jumaat, Januari 28, 2011

Tetap pendirian

Dalam banyak-banyak tahun gua rasa tahun ni la gua paling aktif berblogging. mungkin tahun depan gua akan bersara. (peh tak kuat azam langsung pemuda zaman sekarang).

sebenarnya, gua tengah makan karipap pusing, lu orang nak? keh keh keh..

dah macam Pesbuk dah blog ni gua buat.. update entry macam update status setiap 5minit sekali, gila apa?

tapi ada baiknya  gua update blog ni daripada update status Pesbuk yang tak memberi sebarang manafaat pada gua, awek myspace dah main Pesbuk, awek Frenster dah main Pesbuk, awek tagged je gua tengok masih setia main tagged! gua suka, jenis macam gini la orang kata tetap pendirian!


Ok, karipap pusing gua dah habis 3 biji, gua rasa baik gua pergi beli lagi. high jugak layan karipap pusing hajah sepiah pagi-pagi begini.

Mandi

"Ada baiknya aku pergi mandi!" Tegas Leman akhlake.

Khamis, Januari 27, 2011

The World Is Not Enough

Sedara sedari sekalian alam, Dubai ni terletak dekat UAE sana, merupakan negara pengeluar minyak seperti yang kita ketahui, bukan minyak atar saja malahan minyak petroleum juga dia tibai.

jurutera dubai ni dulu ada bina beratus ratus pulau kecil dalam jarak lebih kurang 100km dari persisir pantai. pulau pulau kecil tu diaorang target nak jual ke pelakon pelakon hollywood, bollywood, tak lupa juga ke jutawan semacam donald trump serta anak dara beliau tiffany trump. jadi senang cerita, target dubai ni nak kaya secara mendadak. tak cukup petrol dia nak belasah perlancongan pulak. dasar tamak pak arab ni.

NASA punya view



Jenis nak hidup sorang


Gua dengar tak lama dulu pada tahun 2010 pulau pulau kecil ciptaan jurutera dubai tu dah nak tenggelam. 2011 siapa yang tahu? ceeewaahh.





Gua tak kisah, gua dah ada manchester city

Pakatan Man Serunai-bahagian 1

"kringgg!! kringgg!!" Bunyi telefon rumah Napi, Napi malas nak cakap banyak dia angkat itu ganggang dia jawab.

"hello, siapa ditalian?" tanya Napi gaya DJ radio tempatan. Di hujung talian dia dengar suara sorang makwe teresak-esak menangis.

"hello, boleh saya tau siapa yang bercakap?" kali ni suara Napi sedikit lembut. 

"Ye, saya Juliana bekas girlfren you"

pehh.. berderau darah Napi, "sejak bila pulak makwe reti kol gua ni. Selalunya kalau tak Din biola, Man serunai, tak Man serunai Din biola. dua makhluk ni jela yang kol, tu pun malam minggu selepas gua gaji je. celaka jugak kadang-kadang dapat kawan jenis ni". seloroh Napi jauh di lubuk hati.

"saudari jul.." tak sempat Napi nak lanjut, makwe tu terus letak. Dia capai baju, start moto hala ke rumah Man serunai.

"Gua syak pakatan Man serunai nak main kasar dengan gua. Apa gila makwe nak kol malam-malam buta." Bebel Napi sedikit marah.





Kesedaran

"Rupa-rupanya baru gua sedar, tahun-tahun sudah gua memang malas update belog." Sapa gua dalam hati dan sanubari.

Suka hati

malam ni gua ada perasaan nak merompak bank.
tak tahu lah, lagi 30 minit gua ubah fikiran nak mandi sungai ke baca yassin ke berjemaah kat surau ke.
ustazah kata, nawaitu tu kena tetap, lepas tuh kena istiqamah.
gua harap malam ni menjadi nawaitu gua.

Kasut





Din kelihatan kacak pagi ni, luar biasa jugak dia punya kacak gua peratikan. selalu pakai seluar tak reti nak jahit, koyak sana sini huru hara gua tengok, tapi pagi ni lain macam sedikit penampilan kutu merangkap member gua ni. rambut tersikat rapi, bau belkrim pekat sampai pedih hidung gua. gua lihat dia mundar mandir macam kucing jatuh anak.

gua: "dua kali lagi lu jalan depan gua, gua tanduk lu macam zidane buat ke materazzi..!" ugut gua nada serius sambil bakar rokok.

gua memang serabut orang lalu mundar mandir depan gua, pernah gua terajang mak sedara ripin sampai terseliuh pinggul. bersalah jugak gua rasa tak hormat orang tua ni..

din: "wei Julian, pinjam kasut satu" tiba tiba din bersuara.

gua: "ok, ambik lah din, lu bukan siapa siapa jugak, kawan gua jugak". balas gua dengan nada rata dan beriman.

tiba tiba gua rasa tak sedap hati, gua jeling rak kasut, gua jeling kaki din yang sudah melangkah beberapa meter meninggalkan pintu rumah. hati gua panas, gua tak cakap banyak, gua petik rokok terus kejar budak nordin.
sampai je kat belakang nordin, gua ong bak tulang belakang dia, gua tarik kasut dari kaki nordin, gua bakar rokok, gua blah.

nota: apa gila dia capai macbeth gua. ingat kasut keluar dating ke. gua panas dengan nordin sampai ke hari ini. gua agak boleh bertetak kalau main main dengan macbeth nie. Dekat bandar orang gelar gua Julian.