Khamis, Januari 27, 2011

Pakatan Man Serunai-bahagian 1

"kringgg!! kringgg!!" Bunyi telefon rumah Napi, Napi malas nak cakap banyak dia angkat itu ganggang dia jawab.

"hello, siapa ditalian?" tanya Napi gaya DJ radio tempatan. Di hujung talian dia dengar suara sorang makwe teresak-esak menangis.

"hello, boleh saya tau siapa yang bercakap?" kali ni suara Napi sedikit lembut. 

"Ye, saya Juliana bekas girlfren you"

pehh.. berderau darah Napi, "sejak bila pulak makwe reti kol gua ni. Selalunya kalau tak Din biola, Man serunai, tak Man serunai Din biola. dua makhluk ni jela yang kol, tu pun malam minggu selepas gua gaji je. celaka jugak kadang-kadang dapat kawan jenis ni". seloroh Napi jauh di lubuk hati.

"saudari jul.." tak sempat Napi nak lanjut, makwe tu terus letak. Dia capai baju, start moto hala ke rumah Man serunai.

"Gua syak pakatan Man serunai nak main kasar dengan gua. Apa gila makwe nak kol malam-malam buta." Bebel Napi sedikit marah.





Tiada ulasan: