Sabtu, November 26, 2011

Basic bolasepak

"Kalau setakat tahan bola pun bersepah tak payah main bola la Fakri..!" Katanya Jaafar sambil mengacau air milo yang di oder kastemer tetap, Pak Smael.

Jaafar merupakan bekas kapten pasukan bola sepak kampung meriam lama, beliau merupakan seorang perancang tengah yang verstail pada zama tersebut. Kalau nak di banding dengan pemain Liga Inggeris gaya permainan beliau tak ubah seperti bekas perancang tengah yang pernah dimiliki oleh pasukan Arsenal, iaitu Cesc Fabregas!

"Itu belum tengok dia passing lagi, barai!" Jeritnya Pak Smael dari tepi warung. 

Gua senyum nampak gigi peratikan gelagat lejen-lejen ni. Pak Smael ni masa dia jadi keeper kampung gua, bolos 3 bijik je! Terer tak terer?

Keh keh keh!

Sabtu, September 17, 2011

Dan tiba-tiba bercakap pasal dulu-dulu.


Sebenarnya, dulu-dulu masa budak-budak dulu jati diri gua kuat juga. Dulu masa sekolah rendah dulu.. Gampaa ni apahal banyak sangat pakai 'dulu' ni? Dulu ni perkataan apa ni? Dulu-dulu.. Peh macam ada kuasa magik pulak dengan perkataan dulu ni.

Ok, gua nak keluar dulu, pekena teh dulu lepas tu baru boleh gua fikir perkataan dulu ni berasal dari hulu mana, dulu-dulu perkataan dulu ni pernah guna ke tidak suatu ketika dulu. 

Peh! Magik, magik.. Perkataan 'dulu' ni memang magik..!

Jumaat, September 16, 2011

Dan tiba-tiba bercakap pasal jati diri

Nak menulis ni kena ada jati diri yang kuat. Kalau tak kuat jati diri dia jadi macam gini la. Kejap ada, kejap tak ada. 

Bercakap pasal jati diri ni, sebenarnya jati diri adalah ahhhh.. Pandai-pandai la lu orang google sendiri apa itu jati diri. Peduli apa gua jati-jati diri ni, kayu jati gua tahu la. 

Sabtu, Ogos 27, 2011

Dan tiba-tiba

Dalam banyak-banyak biskut, biskut samperit lah biskut paling power sekali time raya. Siapa tak makan biskut samperit dia memang paling tak power sekali dekat Asia ni. Rumah gua dah ada 3 balang biskut samperit. Power, power.

Mak, ko, ko, ko, memang power! 

Ahad, Ogos 14, 2011

Kisah bulan romadan

Dan tiba-tiba makwe legging lalu depan gua, dan puasa gua dah tak berapa nak menjadi.

Sabtu, Ogos 06, 2011

Entri letup

Lu ingat gua tak benci sama askar? Sama polis? Dua-dua sama saja. Kerja lebih kurang, gaji letup-letup! Anak emas kerajaan la katakan. Sampai kan enjin jet pun boleh hilang, kerja apa askar ni? Apa makan dieorang ni? Gampaa beteiiiii!! Jenis makan senyap-senyap.

Entri sumbat menyumbat

Sebenarnya, payah juga kalau ada makwe jenis lawa-lawa ni. Kalau lu orang nak tahu, lu orang pergi tanya dekat brader-brader yang ada makwe jenis lawa-lawa macam mana dia punya sifir penjagaan makwe lawa. Kalau tanya gua, memang gua tak tahu sebab gua pun tak reti macam mana nak jaga makwe. Sebab tu makwe gua pun tak berapa nak layan gua sangat, dia lebih ke layan orang lain dari layan gua. Tak apa, tak apa. Gua faham, gua faham.

Peh, apahal entri gua ke arah makwe-makwe ni? 

Sabtu, Julai 30, 2011

Entri Rembo peringkat satu

Menyesal juga dulu gua ni jenis tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah sampai slip pinjaman bayaran MARA mula la nak menepuk dahi.


Ini kalau makwe gua tahu gua blogging ni mati juga nak menjawab ni. Amboi, dua kali gua menupuk dahi.


Selasa, April 12, 2011

Impian gua yang tak mungkin tercapai.

Entah apakebangang entah nak cerita pasal impian-impian ni. Apa ingat ni drama Puteri Impian ke? Karang orang syak gua kuat berangan pula. Ok lah, memandangkan gua telah ditag sekali lagi oleh si Hayley Williams palsu, jadi gua kena la cerita pasal impian bangang gua tu.

Impian ni kalau nak senang cerita dalam bahasa kampungnya angan-angan lah kan? Jadi memandangkan gua ni kuat berangan-angan entah mana satu angan-angan entah gua nak cerita kat sini. Tapi yang pastinya angan-angan gua yang tak mungkin tercapai ialah, Lu tahu tak ibu minyak? 

Ibu minyak ni sedara-sedara kalau dapat dia, 4 tahun lu tak payah isi minyak tak kira kereta ke motor ke jetski ke malah tahap motobot sekalipun. Gua dengar orang bercakap la, masuk 1 sudu je 4 tahun tolok minyak kenderaan lu orang tak menurun.

Celaka, gua tahu angan-angan gua yang ni tak mungkin tercapai. Gua harap satu hari nanti harga minyak menurun.

Khamis, April 07, 2011

Filem



Gua kalau buat filem, gua tak pakai tajuk cerita "Cinta 200 ela". Gua pakai tajuk "Cinta sejuta HP" ke, "Cinta seratus petala langit" ke. Baru nampak kukuh kuasa cinta tu. Keh keh keh..

Ok, gua tak pernah dilamun cinta.

Jumaat, April 01, 2011

Dosa dan pahala

Orang ugama-ugama ada cakap, "Walau hidup seribu tahun, kalau tak pergi Jumaat apa gunanya." Gua rasa brader bawak motor Yamaha, pakcik yang kuat bawak teksi, brader kerja kilang sebelah rumah, orang bujang menyewa, sudah kalis dosa barangkali. 

Khamis, Mac 31, 2011

Gua takde mende nak kabo kat lu

Lama betul rasanya gua tak menulis dalam ni, sibuk dia lain macam pulak mengalahkan orang kerajaan main Fesbuk. Gua ingat power gua dalam menulis blog ni sudah mulai berkurang beberapa HP. Nak kena bertapa balik ni bagi kuasa gua ni jadi menaik seperti sedia kala.

Sebenarnya, kalau gua bertapa ia boleh menaikkan power dalam lebih kurang 10,000 HP macam tu. Itu baru satu malam punya bertapa. Kalau sepurnama? Lu orang hitung la berapa juta HP dia punya kenaikan. Sejurus selepas itu gua akan kembali tip top.

Ok, masa dah memanggil, gua pun dah lambat. Sepurnama lagi gua kembali semula. Sekian.

Jumaat, Mac 25, 2011

mandi sungai lagi roks la gua cakap

Ini angan-angan gua zaman budak-budak dulu. Gua teringin nak rumah yang belakangnya ada kolam renang macam rumah orang kelas atasan, kelas elegan, kehidupan koprat, tokan dadah bermutu tinggi, usahawan MLM, CEO syarikat dalam cerekarama tiap-tiap malam sabtu tu. 

Baru la pergi sekolah ada modal nak cerita letup-letup. Semalam menyelam, harini kuak kupu-kupu, besok lusa gaya terjun tiruk. Lepas tu jangan harap gua nak pelawa mandi kolam sama-sama. Kah kah kah!

Tapi kalau yang jenis pakai angin macam budak-budak taman perumahan yang buat main, gua lagi rela pecut ke sungai.

Selasa, Mac 22, 2011

Cerita pendek

Pukul 2.00 pagi. Najib mahu mengisi perut dan masanya luangnya dengan melepak bersama Ajis. Si Ajis ni terkenal dengan sikap pemurah. Untung-untung dapat makan free.

***

"Asal aku dial je suara makwe yang angkat. Si Ajis ni dah berbini ke? Apahal satu kad jemputan kawin pun tak sampai ke tangan aku ni." Bebel si Najib. 

Namun bila diamati betul-betul lenggok percakapan tu Najib mulai kenal. Suara ni memang dah lama dia dengar sejak into dalam scene henset 3 tahun lepas. 

***

"Gampit! waktu-waktu kecederaaan macam gini la kredit nak habis. Apa ingat aku ade duit ke nak tambah nilai? Nak makan pun aku jual botol je, nak topup boleh blah." Jerkah Najib ke makwe yang bersuara lunak tadi seraya melambung hensetnya ke bumbung. Keadaan kembali senyap.

Walaupun dia tahu makwe tu langsung tak peduli, tapi itulah satu-satunya cara dia protes dan tunjuk ganas. Najib memang manusia ganas, panas baran, samseng, kongsi gelap, kaki pukul dan bila dia lapar dia jual botol. Ini la yang digelarkan sebagai 'indie'.

Isnin, Mac 21, 2011

Gua kembali buat-buat sibuk!

Sebenarnya, tidur yang betul-betul solid adalah ketika mata sedang mengantuk. Orang cakap tinggal nak sorong bantal je dia punya mengantuk tu. Waktu tu kalau dapat bantal dia punya pergi peh, lu bayang la sendiri..!

 
  
Sudahlah jawa berkelana pula, sudah power bertanya pula. Jenis perangai orang zaman sekarang. Kalau gua jumpa memang gua kasi paranawei yang paling padu kat tengkuk dia! Jenis benda dah faham tapi lagi buat-buat tanya. Lu tak nak tanya gua punya pelempang berapa laju dia pergi?

Sabtu, Mac 19, 2011

Makan sedap

Tengah hari semalam, makan dekat kenduri kawin. Banyak juga gua makan. Macam-macam kategori ulam ada. Sumber daging tak payah cakap la, dari lembu sampai ke ikan bilis. Dua tiga gelas air sirap kualiti tahap A gua teguk. Semua protin terbaik kat muka bumi dah bergelumang dalam usus. Harap harap bangun pagi esok dapat tambah beberapa paun berat badan.

Tapi bila bangun pagi tadi, hadap depan cermin, nampak satu garis halus. Lurus dan menegak, berdiri sepi tanpa apa apa tarikan, tanpa beban, tanpa lebihan yang boleh dicubit pakai jari tangan.



"Tak serap lemak langsung menu semalam." Kata gua dalam hati.

Jumaat, Mac 18, 2011

Gua tak jamin blog gua ni menarik. Apa pasal lu orang follow?



Terima kasih kepada pengikut-pengikut baru Wiki-licks. Gua berasa terharu lu orang sudi singgah blog gua yang lebih kepada merapu ni. Gua tak jangka pun sampai banyak ni yang mengikut. Angka 47 dah cukup top! bagi gua yang  bertaraf suku amatur ini. 

Kalau nak bandingkan, member gua dapat time darjah satu dulu pun tidak lah seramai ni. Kalau campur abang Nasir selaku tukang kebun sekolah gua pun belum tentu lagi cecah angka puluh. Itu pun dah kira sekali anak dia si Fatahiah. Entah apa jadi lah kat si Fatahiah sekarang. Dulu kuat main zero point kat sekolah. Asal rehat je terus function, satu kelas dia cabar. Kalau  tahap lutut tu main-main je dia lompat sambil pegang air anggur. Jatuh terus rolling macam ahli silat. Katanya serap momentum. Macam cilake jugak perangai dia.

Lepas buat entri ni, gua tak peduli kalau besok pengikut gua merajuk jadi 4, 5 orang ke, 1 orang ke. Gua tak paksa lu orang ikut.





***






Serius, gua tak jamin blog ni menarik. 

Khamis, Mac 17, 2011

Entri tidur power

Kemana perginya tidur gua yang solid ni? Kemana pula hilangnya spirit tidur gua yang membuak-buak saat ini? Entah kali ni kali keberapa entah gua bingkas bangun kebas-kebas selimut. Tidur yang solid tak juga dapat, asyik-asyik terjaga saja. Malam ni terlalu power untuk gua tidur awal.

Lepas buat enrti ni gua harap gua boleh tidur. Ini entri tidur gua, sekian.

Apakejadah nak tidur pun susah

Selasa, Mac 15, 2011

Millenium part 2

"Pop!" "Pow!" 

"Pop!" "Pelepow!"

Makin lama bunyi tu makin dekat dengan gua. Gua berhenti sejenak menghadap lorong taman perumahan untuk mendengarnya dengan lebih peka dan lebih teliti kali ni. Gua pasang telinga betul-betul,

"Pop!" "Pelepow!" "Keletang!"

Gua dah dapat tangkap bunyi tersebut. Memang sah, bunyi ni dihasilkan dari 7 lapis papan yang dipadatkan. Orang urban panggil papan ni 'deck'. Sukan ni memang popular dikalangan mat salleh. Gua dulu terpegaruh dengan jiran mat salleh la main benda alah ni.

Bunyi "Pow!" itu dikeluarkan apabila deck dipop untuk menghasilkan daya tujahan yang dipanggil 'Ollie'. Sukan ini tak lain tak bukan sukan 'papan selaju'. Disebabkan mat slleh yang baru pindah, sukan ni jadi hit kat taman gua masa tu.

Gua sama adik gua dan beberapa orang kutu masing-masing usung deck tiap petang belasah main kat gelanggang badminton. Mengamuk budak-budak badminton sekejap. Memandangkan deck lebih teguh dari raket, budak badminton membuat keputusan bersurai. Apa gila nak main badminton, tak urban langsung. Kata millenium. keh keh keh.. Penyudahnya gelanggang badminton tu jadi port meluncur kitaorang setiap petang. Aktiviti badminton dihapuskan sama sekali. Peh, memang urban!

Gua sama itu mat salleh waktu tu dah pandai pakai custom deck. Yang lain semua pakai stok supermarket lagi.

Bersambung lagi...

Isnin, Mac 14, 2011

Millenium part 1

Petang tadi setelah penat main bola bersama budak-budak taman, gua pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Mana taknya gua skor 7 gol ini hari. Terer tak terer? Arakian dalam perjalanan gua menapak ke rumah, gua terdengar satu gelombang bunyi yang sudah sekian lama gua tak dengar. Last gua buat runut bunyi ni masa gua bersama-sama adik gua dan beberapa orang kutu serta jiran gua yang anak mat salleh tu masih into lagi dalam scene menatang alah ni. Yakni tahun 2000, tahun sebelum gua ke sekolah asrama. 

Tahun tu memang segala-galanya urban. Makwe urban, gaya hidup urban, percakapan urban stail tegur-tegur member YO! Wassup! dan segala mak nenek lah urban. Maklumlah tahun 2000 tahun millenium. Entah apa yang millenium pun gua tak tahu, Y2K  entah apakejadah entah fungsi dia masa tu. Mati-mati gua ingat Y2K tu virus komputer.
Seingat gua time ni lah group-group TooPhat tengah naik. Ramai budak-budak sekolah gua jadi dressing hopperz masa tu. Seluar yang jenis banyak poket, saiz besar memang panas waktu tu. Masa tu siapa-siapa tak dressing jersi FUBU 05 dia tak true hop. Padahal entah siapa-siapa entah Fubu tu. Siapa tak pakai cap jenis full yang ada tulis NY, LA, C, dan sebagainya pula memang tak up dressing dia waktu tu. 

Paling gua meluat, peringkat mat grunge bertukar hoppers. Jenis mengada-ngada. Nasib baik yang punk tetap punk, kalau ada yang tukar aliran jugak memang silap besar la, gua ajak bergelut je.

Bersambung...

Kerja sendiri

Entah apa cerita dah jadi kat gua sekarang. Blog dah malas nak kemaskini, kerja pulak tak dapat-dapat lagi. Yang akak kedai buku tempoh hari tu pun satu, suruh gua isi borang kerja lepas tu berjanji nak telefon balik. Sampai sekarang tak telefon-telefon juga. 

Kalau tak ada kosong bagitahu la awal-awal. Ni buat gua tertunggu-tunggu dah nak seminggu dah ni kak apa cerita? Nak usha makwe pun langsung dah hilang semangat. Duit tempohari tinggal lagi berapa ringgit je, ini kes bayar hutang sana sini lah ni, bayar saman lah, hutang pelajaran lah macam-macam.   

Yang anak si Bedah pulak tak habis-habis nak berlagak. Mentang-mentang lah kerja sedap kat Kolumpo sana, kereta sentiasa tukar. Baru minggu lepas gua nampak dia balik naik Saga Facelift kaler biru tua, minggu ni dah pakai Toyota Vios bikin sedap-sedap dengan rim 19 inci, bodykit gua syak TRD. Rumah gua langsung tak nak jejak. Nampak gua pun layan-layan gitu je nasib akal gua panjang gua buat-buat pakai but nak turun sawah.

Jumaat, Mac 11, 2011

Apa nak jadi

Entah malapetaka apa, duit gua jadi tinggal 4 ringgit. Bila dah jadi macam itu, gua jadi panik. Dulu handal sangat sampai sebulan lebih tak kerja. Keluar rumah dah jadi pakai baju buruk buruk. Muka turut jadi tak berapa smart. Jalan pun tunduk tunduk. Usha makwe langsung hilang 'spirit'.

Nak dijadikan cerita, tiba tiba gua dapat akal pergi bank. Manalah tahu entah entah mesin ATM dah boleh keluar duit RM5 ke, ataupun gua punya duit beranak tahap sehari cecah 3 juta secara rahsia. Boleh juga gua pekena minum.

Jadi gua pun bergegas pergi bandar dengan memandu kereta bapa gua. 


Ok. Sekarang gua dah depan Mebenk. Ini masanya gua nak cuba nasib. Satu harapan pun gua tak simpan sebenarnya.

Tit..tit..

Peh..!! Meletup..!!

Tak semena-mena gua jadi sombong. Tekak terus muncul selera nak makan ayam. Rokok Gudang Garam baru bakar di bibir, gua baling jauh-jauh. Satu siri 'Bersamamu' pun tak terlintas dalam kepala.

Hairan juga gua. Siapa baik hati kasi gua duit ni. Nak kata gaji, tak cukup. Nak kata duit pencen, lebih dari separuh gaji ni. Mungkin duit khidmat cemerlang agaknya.

"Tuhan kalau nak bagi rezeki, macam macam cara..!!" kata gua dalam hati sambil tersengih sampai sepet sepet mata.

"hilang punca 22 Ogos"

Rabu, Mac 09, 2011

Oh! Gua lupa nak post entri paling penting

Gua cuma nak bagitau, minggu ni adalah minggu badi Liverpool. Minggu skor (3).  keh keh keh..

EPL:
liverpool V.S Manchester United (3-1)
Chelsea V.S Blackpool (3-1) 

Champions League:
Barcelona V.S Arsenal (3-1)
Shakhtar Donetsk V.S AS. Roma (3-0)

*Yang penting, siapa pun tak peduli tentang kekalahan Roma pagi tadi*

Kemahiran

Masa tu umur gua 12 tahun. Namun begitu kemahiran gua dalam bidang pertukangan sudah tip top! Jarang budak-budak sebaya gua ni memiliki kemahiran tinggi seperti ini.

"Pow! Pow! Pow!" 

"Pam! Pam! Pam!"

"Tak ada lah tiap-tiap hari nak bangun lambat kalau macam gini." Ujar gua sambil mengelap peluh. 

Nampaknya tak sia-sia usaha menyelak buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu abang gua. Hasilnya gua dah pandai guna paku dan pegang penukul untuk mengejas kedudukan jam dinding tanpa sebarang bantuan dari ahli keluarga. 

Solid juga pelajaran dalam bab kerja kayu dan asas logam nih. Gua ingat kalau katam satu buku ni, boleh siap rumah hinggap gua kat atas pokok belimbing besi depan rumah tu.

Gua harap bila dah siap nanti, anak jiran gua yang emaknya guru mengaji pakai tudung labuh tu tak cemburu akan ilmu pertukangan gua. Lepas ni tak ada la gua nak join diaorang lagi main basikal tengah-tengah panas, main pasir tepi rumah, join adik gua main masak-masak apatah lagi.

Selasa, Mac 08, 2011

Ikhlas nak tak nak

Arena masak memasak ni gua dah memang cukup tip-top dah. Rancangan masak memasak bersama Chef Wan dan Martha Stewart dah entah berapa kali katam. Itu pun ada lagi rancangan 5 rencah 5 rasa yang chef suka lambung-lambung pisau, buah, mangkuk, dan segala benda yang dia pegang dia akan lambung nak siar-siar. Pernah juga gua lambung-lambung pisau mak gua yang paling tajam masa tolong emak gua memasak. Tertancap juga atas simen, sompek matanya. Penyudahnya, sampai sekarang gua dilarang ke dapur. 

Ok, cuba bayang pisau muncung tirus keluaran smart shop dilambung tinggi. Ada hati lu nak sambut?

Satu je gua nak tegur. TV3 ni kalau nak tunjuk resipi tu biarlah ikhlas sikit. Kasi la lama-lama sikit, ini macam nak tak nak je tunjuk. Gua baru nak sambar ayat pertama dah alih dah. Gampit betul.

Isnin, Mac 07, 2011

Pengalaman hidup

Setelah mendengar ajaran serta selok belok dari para brader, gua pun angguk tanda faham. Faham macam mana nak hendel situasi, macam mana nak tarik feel, macam mana nak cari sudut yang betul.

Jam sudah 6.30 petang, budak-budak sudah berduyun turun ke Dewan Selera. Dalam hati sudah terbayang daging kicap dengan air sarsi yang tak berapa nak manis tapi gua gagahkan juga semangat ni walaupun dugaan sana sini, "petang ni mesti jadi" bisik hati gua.

"Pop! Pelepow!!!". Selesai.

Brader otai bersorak gembira, malam tu masa Prep. cerita gua land kickflip jadi 'hit' serta merta. Semua makwe kelas sebelah mula sibuk-sibuk nak tau, sibuk nak hantar apple request, surat secret admire kat bawah meja tak payah cakap lah berapa helai.

Notagua: Gua terkenang zaman belasan tahun dulu. Penuh pengisian.

Sabtu, Mac 05, 2011

Bukan cerita bukan bukan

Sekarang tahun 2011, ini bermakna lagi 9 tahun Malaysia nak ada kereta terbang, rumah terapung, makanan pun sekadar makan pil perasa sahaja sudah kenyang seminggu. Kalau kanak-kanak yang makan, sebulan kenyang tak payah makan nasi.

Tahun 2020 nanti gua ingat, mesin basuh pun sudah pandai kutip baju-baju kotor dengan sendiri dan kemudian terbang sambil basuh dan spin baju-baju sampai kering. Masa tu perkataan suri rumah sudah dihapuskan. Bila malam menjelma, seluruh ahli keluarga tidak lagi berada depan kaca telivisyen. Peti-peti telivisyen tak kira samsung flat skrin, sony bravia gantung dinding ke, panasonic plasma ke semua dah tak main dah, tak real. Semua pakat tengok hologram. Berita hologram, drama hologram, sukan pun hologram sampai muka Drogba pun boleh tengok 360 darjah, masa tu Drogba dah tak boleh menipu lagi dah bila dalam kotak penalti. Senang cerita semua dah capai tahap real.

Semalam gua naik Proton Saga abah gua, "Gedegang!" langgar lubang. Rasanya kalau dengan kelajuan 30km/j boleh patah rocker arm proton saga tapi gua rilek-rilek je tak ada pun nak mengamuk kat kerajaan, sebab gua tau kerajaan sekarang tengah nak fokus wawasan 2020, kereta pun nanti dah tak pakai jalan lagi buat apa nak turap-turap. Gua harap rakyat faham kenapa jalan tidak diturap rata-rata, bukan seleweng duit ye.

Jangan lepas mengundi nanti barang naik sudah la, itu sampai sekarang gua tak faham!

Jumaat, Mac 04, 2011

imaginasi ke real?

Tahun 1994 dulu, pantang ada pertandingan melukis gua terus nak masuk bertanding. Lukisan yang selalu gua lukis tak lain tak bukan Malaysia bila tahun 2020. 

Gua lukis kereta terbang, motorsikal terbang, orang pakai baju bersinar kaler emas dan perak, ada yang gua buat pakai helmet macam gaban dan itu untuk membezakan polis dengan orang awam. Menara kolumpo mesti ada, jalan berpusing-pusing tak tahu tiang kat mana, tapi kereta, motor semua terbang.

Gua tengok peserta lain tak ada pun yang nak lukis macam gua, semua lukis tema rumah la, tema bersantai tepi pantai la, buah-buahan tempatan la, tema sawah padi dengan matahari timbul celah bukit saja dah berapa ramai yang lukis.

Khamis, Mac 03, 2011

Opsyen terakhir

Gua ingat kalau kedai buku kat tempat gua ni tak ada kosong atau tak nak terima gua sebagai pekerja, gua nak ke kolumpo. Mana tau dekat sana ada nak pakai pekerja. Maklumlah, kolumpo ni ada macam-macam jenis kedai buku.

Rabu, Mac 02, 2011

SMS

Ini hari gua tido je sepanjang masa. Dalam sedap gua tido, tiba-tiba ada sms masuk melalui henpon gua. Dengan mata separa terbukak gua capai henpon gua kat meja. Time tu gua rasa suhu bilik gua dah panas-panas, matahari pun sudah tinggi, Gua syak ini mesti sms dari Job Street nak cakap ada walk in interview mana-mana. Tanpa lengah, gua kasi tekan kombinasi Pad kekunci '#' campur butang 'OK', bagi membuka sms tersebut.
"Menangi hadiah sejuta USD dengan hanya mengisi minyak shell, ON SHELL ke 33991"

"Cilaka!" Gua karate henpon gua kuat-kuat! Dah lah malam semalam manchester united kalah. Gua harap lepas ni Luiz boleh ganti Drogba bila berada dalam kotak penalti.

Selasa, Mac 01, 2011

3.30 Pagi, jantung gua berdebar-debar

Gua malas nak cerita panjang, pagi karang perlawanan paling mendebarkan jantung gua. Manchester United menentang Chelsea.

Gua harap The Red Devil menang bergaya macam The Red Warrior. Gua betul-betul ni, tak main-main. Macam biasa gua akan secara automatiknya  membuka new tab, kemudian melihat sejarah pertemuan kedua-dua pasukan. Benda ni terjadi secara automatik di bawah kawalan minda bawah sedar gua. Sebelah gua dah ada segelas neskepe tiub yang gua bancuh pekat-pekat sebagai bahan penggalak malam ini.

Alah lawan kelab no. 5 liga, apa adahal?

Rare!

Amacam rare tak
Sebenarnya, dah lama gua tunggu. Ini hari baru gua post, barulah rare.. keh keh keh.. (padahal gua malas) 

Sempena ini hari, yakni 1 haribulan 3 tahun 2011 gua akan rajin. Gua dah start nak cari kerja bersungguh-sungguh, gua tak nak terajang pintu lagi, gua tak nak lagi meragut tepi bank Muammalat macam selalu gua buat, tak nak lagi buat kerja tak tentu hala yang hasil entah kemana, tak nak lagi asah pisau rembo tajam-tajam sampai terbalik mata. (kalau gua tak update entri pun tak apa kot, Cik Daria?)

Jadi apa kata lu orang doakan gua dapat kerja cepat-cepat. Keh keh keh.. Maklumla gua pun nak juga merasa macam orang kerja pejabat dapat gaji bila hujung-hujung bulan tu. Bila dah dapat gaji boleh la gua simpan sikit-sikit lama-lama nanti jadi bukit, lepas tu boleh la gua pakai proton saga

Ahad, Februari 27, 2011

Gua di tag Hayley Williams!

Peh gua kena tag, lu saja guna taktik ni kan, Hayley williams palsu . Baiklah gua jawab. Bukan susah mana pun soalan dia. Gua jawab soalan test lesen lagi payah dari nih.

1- Adakah kau rasa kau hot?
Gua lempang jugak siapa yang buat soalan ni kang. Gua tak hot, gua cool je.


2-Upload picture kau dari pc

4-Cerita pasal gambar
Nak cerita pasal apa lagi, sudah terang lagi bersuluh tu Julian Casablancas. Gambar ni je dalam pc gua, gambar gua dalam external. PC gua kena format.

4-Kali terakhir makan ayam
Ketika bas ekspres berhenti rehat, masa gua pergi job interview tempoh hari. Itu pun cekedis Bika, perasa ayam. Boleh tahan real jugak dia punya rasa.

5-Lagu terakhir kau dgr
Julian Casablancas - Little girl (lagi 1 minit nak habis)
Atreyu - Doomsday (baru habis dengar 2minit lepas)
Atreyu - Right side of the bed (6 minit lepas)
The Strokes - you only live once (15 minit lepas)
Gua tak berenti dengar lagu, macam mana nak jadi yang terakhir pun gua tak tahu.

6-Apa yang kau buat selain menyelesaikan tag ini
Gua tengah asah parang ni, kejap lagi gua ada job kat Bank Muammalat.

7-Nick name lain selain ini
Ni ape benda ni, mintak-mintak nick name orang macam nak main chatting kat mirc ni? Panggil jela wiki.

8-tag lagi 8 orang
Peh, punya banyak gua nak kena tag balik, hilang akal apa sampai 8? 8 orang yang malang terima la nasib kamu, gua mintak maaf.

  1. cik daria
  2. azra
  3. kakihujan
  4. yayabuncit
  5. samposmen
  6. eijahassan
  7. damiyamiot
  8. awien
9-siapakah no1
Cik Daria namanya, penggemar sushi.

10-cakap sesuatu pasal no 5
No 5 ni kuat keluar masuk taman perumahan, dia kuat pulas minyak motor tak kira masa dan ketika. Dialah abang posmen.. keh keh keh

11-orang nombor 3 ada hub dgn sapa
Orang nombor 3 tu, gua syak ada hubungan dengan drummer hujan. Lu orang tanya la dia sendiri, malas la gua nak cerita.

12-bagaimana pula dengan no 4
No 4 ni kuat makan, tengok nama la brader. (gua bergurau je yaya jangan nak baran sangat)

13-pesanan buat no 6
Lu memang comel.

14-kata kata cinta untuk no 2
Bercinta cinta juga, blog tu jangan lu abai pulak.

15-adakah no 7 dan no 8 ada persamaan
Ada, dua dua tu perempuan.

16-berikan 5 perkara yang kau tahu pasal no 1
  1. Jenis berkerjaya, tak macam gua.
  2. Pakai spekmata. 
  3. Kuat makan sushi.
  4. Kuat berangan.
  5. Kuat, memang kuat.
17-persamaan antara kambing dengan lembu
Ni soalan jenis apa pulak ni? Dua-dua binatang tu sedap bila dalam pinggan nasi gua.

18-perasaan masa jawab test ini
Gua rasa nak mengamuk pakai parang, kalau orang yang gua tag ni tak replai.

19-adakah kau tahu rizman itu sengal
Gua pun tak tahu. Gua tahu gua kena tag je.

20-gay or less
Ini macam soalan pun ade ke? Gua minat Cecilia Cheung. Jadi, gua lesbian. keh keh keh..

Sabtu, Februari 26, 2011

Gua Down

Lu orang semua kalau nak pergi interview kerja gua nasihatkan buat muka yakin yang kalau boleh macam gampang pun tak apa. Kalau lu orang nak jadi hipokrit pun, time tu gua rasa masa yang paling sesuai, kalau depan rakan-rakan nak hipokrit memang ko makan penerajang la. Kalau badan lu besar, itu mungkin bonus buat lu. Tapi kalau lu orang ada kabel optik bawah tanah, itu lagi terbaik.

Jangan jadi macam gua lurus macam pembaris, kan dah tak dapat jawatan jurutera penyelengara kabel. Gua down, 3 doors down lu tau tak?

Khamis, Februari 24, 2011

Antara mimpi dengan "Real"iti

Semalam gua bermimpi, mimpi semalam tu gua rasa paling real setakat ni. Peh, memang susah gua nak cerita kat sini sebab dalam mimpi je yang tau real tak real nya mimpi tu. 

Ok, ceritanya bermula begini gua cerpen jela tiada edit tiada tokok tambah ini cerita real punya! Dia lebih kurang macam cerita Back To The Future lakonan M.J.Fox tu bukan Megan Fox cerita robot tangkup tu. Sekarang ni gua jadi M.J.Fox tu brader! Ok, sebelah rumah gua dulu kira jiran la, mat salleh. Gua mimpi semalam, anak mat salleh tu gua jumpe kat Texas, tah masa bila gua belajar kat Texas tah gua pun tak tahu. 

Sedang gua lepak-lepak sementara menunggu loceng kelas berbunyi pagi tu, gua terpandang kelibat pemuda mat salleh tu, yang peliknya gua memang tau yang dia tu jiran gua (ok la tak pelik sebab gua kan datang dari masa depan) pastu gua siap boleh teka lagi mak bapak dia akan berpindah ke Malaysia tahun 2001 nanti. time tu kat kolej dan gua tak tahu pun anak mat salleh tu belajar kat kolej sama dengan gua.

"Eh, kau ni jiran aku kan?" Tanya gua lebih kurang bila terserempak anak mat salleh merangkap jiran gua di kaki lima kolej. (Gua berbahasa inggeris dengan fasih masa tu. Nak lebih real lu translate)

"Eh, siapa kau?" Balas anak mat salleh yang bakal jadi jiran gua dengan kerek mat salleh. Biasalah mat salleh ni kalau tak kenal dia kerek sikit.

Gua mula sedar yang anak mat salleh ni tak tahu apa-apa pun pasal hal ni sebab gua ni datang dari masa depan. Lantas gua ajukan soalan berbunyi,

"Sekarang tahun berapa ah?" Tanya gua dengan lagak serius campur kelam kabut.

"January 1999" Jawab anak mat salleh tu ringkas dan kerek.

"Ok, March 2001 nanti mak bapak kau akan pindah ke Malaysia, dan kau bakal menjadi jiran aku." Balas gua tak banyak cakap, time tu gua terus tinggalkan anak mat salleh yang masih lagi terpinga-pinga bingung. Serentak dengan tindakan gua itu, loceng kelas pagi pun berbunyi tanda kelas dah nak bermula. 

"Celaka alarm henpon ni mengganggu je, bagi la peluang gua naik kereta rentas masa dulu, jumpa pak cik saintis pun belum lagi nih!", terus gua bingkas bangun capai tuala, mandi. 

Peh, real tak real mimpi gua ini lah yang paling real semenjak 23 tahun gua hidup. Lu orang tak nak percaya lu orang punya pasal gua tak nak paksa.



Rabu, Februari 23, 2011

Malaysia vs Pakistan

Peh, teruk jugak rasanya sehari tak makan nasi hari ni.


Selasa, Februari 22, 2011

Berisi

Semenjak dua menjak ni gua kerap lepak dengan Jani, macam-macam jenis cerita Jani bukak dari hal politikus sampai lah ke cerita rumah tangga artis hollywood, itu tak termasuk lagi cerita tentang bab ilmu agama bab semayang lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya. Gua hangguk je, kadang-kadang gua hiling, tergelak nipis, ketawa terbahak-bahak, kebanyakannya gua senyum je. Berisi jugak lepak dengan Jani ni kadang-kadang.

Isnin, Februari 21, 2011

Entri serius

Baru gua teringat, masa gua kerja sebagai pengimpal besi dulu, gua pernah lempang pemuda Peru. Peduli apa gua dia angkat geng.

Ahad, Februari 20, 2011

Sesi melepak bersama Jani

"Budak-budak zaman sekarang ni memang moden, pergi sekolah saja dah pandai pakai henset mahal-mahal, habis ujian gerak gempur je bawak pemain MP3, melepak kat mamak pegang-pegang tangan pakwe, malam-malam sembang pasal fesyen. Pehh, gua pun dah naik keliru ni budak sekolah ke budak IPT? Dia punya lawa tak payah cerita la, macam pelakon slot Samarinda kat tv3 belum tengok dia punya dressing lagi yang pakwe dengan gaya Bangpesnya, yang makwe pulak tak habis-habis dengan gaya Yunalis zarai. Masing-masing Dah macam selebriti popular." Komen gua.

"Gua suka gua suka.." potong Jani tanda setuju.

Gua senyum sinis

Sabtu, Februari 19, 2011

Cerita kedai mamak, nah amik!

Berduyun duyun tua, muda, separuh tua, berlagak muda, budak sekolah, remaja, dua sejoli, makcik selera membeli, pendatang asing. Semuanya dengan hala dan tujuan masing masing. Gua kat mamak peratikan saja gaya, tabiat, perangai dan gelagat muda-mudi kota raya.

Tiba-tiba pandangan gua tertumpu ke sorang pemuda kota ni. Gaya baju dah macam datuk-datuk ke kelab dangdut, seluar slack kain lembut, kasut pulak gua syak jenis kulit buaya. Berjalan pulak sambil dikepit dua makwe jelita yang sorang jenis tinggi lampai berskirt mini rona kelabu, sorang lagi berseluar jenis leggings warna ungu berbaju belang. Pehh kedua-duanya memikat pandangan seluruh lapisan masyarakat termasuk pekerja buruh kontrak bangunan sebelah. Tiba-tiba..

"trutt.. trutt..!"

"hello, ye.. ha ko kat mana? oo.. 5 orang je? Ok, ok ko tunggu, ko tunggu!"

Gua curi dengar perbualan telefon brader rambut gaya askar sebelah meja gua. Kedengran agak serius dan kritikal, gua syak mesti ada kes pukul-pukul ni sekejap lagi ni. Badan brader tu tegap semacam, lengan pula berparut dan berotot pejal, buku lima brader tu tak payah cerita la, kelima-limanya timbul macam bearing lori, gua rasa ini kalau timbuk orang ni berterabur jugak struktur asal gigi mangsa. Agaknya brader ni hari-hari berlatih timbuk batang pisang belakang rumah dia. Brader askar tadi berlalu pergi bersama tiga lagi membernya yang badanya tak adalah sebesar mana, tak adalah berotot mana. Kenderaan tersebut dipecut dengan laju tak sampai gear ketiga gua kira, tak nampak bayang dah. Namun sebelum mereka berlalu dengan kereta berjenama Proton, gua sempat peratikan stiker kecil pada nombor plat belakang.

"Ooo.. patutlah, tiga line.." Kata gua dalam hati.

"Biasalah tu, tak tarik kereta tak sah, tak tarik makwe tak brader, tak bergelut  pulak panas punggung.. hai ape nak jadi dengan anak muda kita sekarang ni" Tiba-tiba pak cik bawak teksi meja belakang gua bersuara sambil menghirup kopi jantan yang masih berasap.

Gua diam tanpa menyahut, peh macam mana pakcik ni boleh baca fikiran gua macam makwe dalam cerita No ordinary family ni. Naik pening juga gua fikirkan hal ni. Dalam pada itu gua teringatkan member gua dekat kampung, Ramli. Entah kerja apa dia sekarang, las gua jumpa pun tahun lepas itu pun masa dia nak ke gym. Katanya nak join kelab tarik kereta peringkat kampung. Masa tu tubuh Ramli dah macam Malek Noor, dressing pun dah macam heavyweight punya juara.

Gua tak heran sebab dari sekolah Ramli suka makan telur, telur  rebus gua masa makan RMT sekolah rendah dulu pun dia yang habiskan.

Jumaat, Februari 18, 2011

Dalam suasana romantik

Hidup gua semenjak dua menjak ni tak berapa nak terurus, kucar kacir. Henset sudah seminggu tak bertambah nilai, minggu lepas gua dengar bunyi ringtone band Nidji dari album top up berjudul 'Biarlah' berulang kali, entah terjatuh celah katil belah kiri ke kanan gua tak berapa nak pasti malas gua nak cari. Perut pula dah dua hari dijamu roti krim, Rumah sewa pulak dah lama tukar pakai lilin, romantik jugak suasana dalam rumah ni. Nasib baik kedai mamak ada perkhidmatan wifi percuma, dapat jugak gua bukak blog dari rumah. Petang petang sambil pekena teh dengan roti krim, apa salahnya gua cas bateri. keh keh keh..

 Hasil carian gua dekat google, 'candle light dinner'

A Philosophy

Kerajaan dan Demokrasi

Sumber kepada penipuan serta perbuatan jahat. Menawarkan demokrasi dan kebebasan, memberikan hak untuk kita memilih 'leader' jadi ia bukanlah salah mereka jika kita menyesal 5 tahun selepas itu. Kemampuan mereka, bergantung kepada pegangan mereka. Hasil yang kita saksikan sekarang ini, adalah sebahagian dari komisyen mereka.

Hinggakan keputusan yang boleh dibuat dalam masa 5 minit, mengambil masa 5 tahun untuk berbincang.

Brother, cousin, friend, stranger and King
To any soul who were fated enough to have read this
Believe that your ‘time’ is already waiting
As I had to when I just felt I had to write all these
Not for hate, Not for conspiracy nor blasphemy
Merely the truth is I am not yet ready
And I am still not yet who I want to be…
Perhaps our future will start to better
If we all acknowledged the signs together
And secure 6 billion of us a true vision of a real future
And I can be proud to being able to have had
The tastes and flavor of joy, love and honor
To had been a man, a son, a husband, and a father

“Everything that CAN be invented, has been invented? Can we give ‘heaven’ a try?”

Jumaat

Sebenarnya, agama adalah ilmu terpenting dalam hidup. Pekerjaan, itu semua mainan. Gua tak memain, gua serius nih!

Khamis, Februari 17, 2011

Malas

Semenjak dua menjak ni gua jadi malas nak menulis, entah kenapa tah. Bila gua fikir-fikir balik, bukan Perdana menteri nak baca pun blog orang kebanyakkan macam gua ni, apatah lagi menteri di jabatan perdana menteri.

Isnin, Februari 14, 2011

Bila gua join JAIS


Kalaulah gua join JAIS, dah lama gua terjah hotel-hotel dan serbu rumah-rumah tumpangan, siasat aktiviti anak muda berbangsa melayu. Dalam menjalankan misi murni tu, gua akan bawak 2 orang brader yang badannya biarlah macam dalam iklan ubat nyamuk. Akan gua serbu taman-taman bunga, tasik-tasik buatan, shopping complex, tandas awam, dalam wayang midnight, hatta kereta yang bawak selaju 20km/jam di tengah-tengah highway sekalipun gua tak akan lepaskan.

Mana-mana pakwe yang cuba nak main kasar, gua tolak brader ketak je buat modal bergelut apa adahal? Gua buat semua ni sempena 14 Februari, demi menyedarkan bangsa Melayu yang kian hilang maruah diri ditelan arus kemodenan. 

Sedang negara-negara islam lain berjuang menentang pemimpin demi menuntut demokrasi, bangsa kita tewas dengan nafsu serakah yang buas beraja dihati.

Gua berhajat nak isi borang keahlian JAIS bila senang-senang nanti.

Ahad, Februari 13, 2011

Antara Punk dengan fesyen


Gua tak tahu sejak bila punk pakai maskot Badut
Punk itu satu idealisme, bukan fesyen brader. Dah berapa kali gua ingatkan, begitu juga dengan indie. Budak-budak zaman sekarang suka betul berfesyen secara melulu. Setakat usung gitar sana sini, sarung seluar skinny, tshirt ketat macam neraka, rambut panjang sedepa, melepak depan bukit bintang itu bukanlah indie. Itu cari makwe namanya. 

Cilake! mempergunakan nama indie untuk kepentingan sendiri. Gua peratikan dekat Bukit Bintang memang ramai jenis yang macam gini. Jenis nak tarik perhatian orang.

Lu orang kalau nak all out pun jangan la macm gini.

Amacam Rooney? Lu memang brader!

Rooney lu memang Rude boy! Gol lu memang ada gaya, apa ingat Brader Berba je boleh buat gol macam gitu? Terkesima Joe Hart sekejap tadi dengan gol yang dijaringkan oleh Rooney. Baru lu tau macam mana brader-brader main bolasepak. keh keh keh.. 

Permainan berkesudahan dengan Manchester United (2) Manchester City (1). Gol tunggal Manchester City hadir pada minit ke-65 hasil jaringan Pemain baru mereka iaitu Edin Dzeko yang menerima lorongan cantik dari Shaun Wright-Phillip. 

Manakala gol Manchester United dihasilkan oleh Luis Nani, 5 minit sebelum rehat masa pertama dan melalui jaringan cantik dari penyerang sensasi mereka, Wayne Rooney pada minit ke-78. Hantaran Nani berjaya disempurnakan oleh Wayne Rooney dengan penuh gaya, mutu serta keunggulan.

Dengan ini Manchester United telah menjarakkan diri dari pencabar terdekat mereka The Scout Boy, Arsenal yang kini tengah bergelut melawan kerkahan Wolve! keh keh keh! Keputusan terkini Scout Boy mendahului Wolve 1-0, hasil jaringan Robin V.Persie pada minit ke-16.

Sabtu, Februari 12, 2011

Entri

Budak-budak zaman sekarang dah tak sama dengan budak-budak zaman gua  jadi budak dulu. Sekarang semua budak-budak celik mata kemudahan tersedia, kemewahan merasa, cepat tangkap jenis otak geliga. Zaman gua sekolah dulu gua ada sorang member, jenis otak geliga jugak. Gua memang tak berapa nak puas hati asal ujian je dia skor, asal skor je nama dia naik kat perhimpunan apa kejadahnya? Ada konspirasi bising internasional ke antara cikgu-cikgu sekolah gua ni?

Ok, gua tak nak cerita pasal member gua punyai otak geliga, gua nak fokus tadi pasal budak-budak zaman sekarang, zaman restoren mekdi ada wifi. malam semalam gua ada ke mekdi, sesampai je gua kat restoren mekdi, gua terkejut. Gua pandang dalam restoren, gua pandang label mekdi. Berkali-kali jugak gua ulang, gua bukan apa gua tengok ramai yang bawak kalkulator santifik bersama buku rujukan dan Laptop jenama US duduk melepak kat mekdi, hisap rokok pung pang pung pang!

"Mekdi ada buat peraduan kira-kira agaknya malam ni" detik hati gua. 

Dengan cermat, gua mengatur langkah yang sederhana besar gaya manager syarikat multinasional masuk dalam mekdi dengan niat suci nak buat order. Tiba-tiba kaki gua terasa macam tersauk sesuatu macam akar kayu, nasib baik kung fu wing chun ajaran pak IPMan, gua sudah kuasai sampai tahap ke-9, tenang je gua imbang postur badan gua. Gua pandang bawah, pehh.. wayar charger siapa pulak yang melintang pukang ni?  berselirat! tak pasal pasal gua dah bukak kung fu tengah balai mekdi. Cilake, nasib baik gua tak jatuh tersadung tadi kalau jatuh memang gua bawak hal ni naik ke mahkamah, tak pun masuk aduan rakyat.

Rupanya mekdi telah bertukar menjadi perpustakaan awam serta makmal kompiter! peh! Apa cerita ni brader? nak duduk pun tak ada meja ni. Masing-masing buat macam rumah sendiri. Meja nak dua, kerusi nak empat duduk 2 orang je. Gua bercekak pinggang sambil geleng kepala tanda tak setuju dengan perangai anak muda zaman sekarang.

Gua usha keliling dalam mekdi tu, memang tak ada tempat dah untuk gua, memang tak ada. Semua kerusi meja sudah ditawan pasangan masing-masing. Gua rasa kalau gua berkeras mintak kerusi, boleh jadi bergelut jugak dengan brader badan ketak kat hujung tiang sana. Lengan saja dah 4 kali betis Roberto Carlos, goyang jugak gua nak tunjuk berani keh keh keh..

Kesudahannya gua balik rumah dengan harapan mekdi itu akan dirobohkan oleh majlis perbandaran.

Gua tak tahu kenapa gua minat dengan gambar yang nih. Keh keh keh..

Mubarak


Akhirnya setelah gua masuk campur, Mubarak setuju letak jawatan. Gua harap selepas ni Mubarak join tabligh. Syabas gua ucapkan kepada Rakyat Mesir. Malaysia bila lagi? keh keh keh..

Jumaat, Februari 11, 2011

Mateja Kežman


Lu orang masih ingat lagi sama ini pemain? Pemain ini menempa nama ketika beliau berada di liga Belanda semasa menyertai kelab PSV Eindhoven. Akan tetapi, penampilan beliau ketika di kelab lamanya iaitu FK Patizan telah berjaya memikat ramai jurulatih pasukan terkenal dan beliau telah memilih untuk menyertai kelab Belanda dengan yuran perpindahan bernilai 8juta euro pada tahun 2000.

Di awal kemasukannya, beliau telah menjadi penjaring terbanyak di liga Belanda dengan catatan 24 gol dalam 33 perlawanan. Kegilaan melobos gawang lawan tidak berakhir di situ malah makin menjadi-jadi ketika beliau berada di PSV. Sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut beliau telah mencipta rekod sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol melebih-lebih di liga Belanda pada masa itu. Beliau telah menjaringkan sebanyak 105 gol daripada 122 penampilan.
Namun begitu pada musim panas tahun 2004, gua rasa beliau telah membuat pilihan yang salah. Menyertai kelab inggeris, Chelsea yang nyata menengelamkan bakat serta kebolehan beliau yang seterusnya memusnahkan karriernya. Ledakkan golnya makin berkurang dan beliau banyak bermain di posisi benchwarmer.

Gua dengar cerita sekarang dia bermain di liga Hong Kong, kelab south china AA. Main tak sampai pun full time.

Khamis, Februari 10, 2011

Hilang Akal

Sebenarnya, gua dah lama tak bukak Facebook. Apa dah jadi kepada kawan-kawan pun gua tak tahu, apa status pakwe-pakwe, makwe-makwe gedik pun gua dah lama tak baca inikan pula status-status remaja yang baru nak naik dalam scene kerja. macam cilake, baru kerja sikit dah nak tunjuk sibuk dengan disusuli status-status yang berbaur ketagih kerja. Gua nak celah pun fikir dua belas kali tiga. Peh tekanan neraka brader!

Mana pergi status status punk? mana pergi status status kutu? mana pergi status status berbaur kutukan? mana hilang status status pekena teh? 

Gua perati abah gua yang sudah 50 tahun bekerja tu, tak ada pun sibuk sibuk nak tulis status kat Facebook, kata nak pergi makan la, nak susun file la, eh terpijak kaki staff la, eh kejap lagi meeting la, ini hari o.t sampai lewat malam la.

Eh, hilang akal apa. Sebab tu gua dah tak berapa nak into dalam facebook. Harapan gua semoga fenomena ini akan berakhir secepat mungkin.

Syabas Harimau Malaya.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk gua mengucapkan syabas kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan skuad bolasepak Hong kong. Kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong sudah cukup besar dan bermakna buat peminat bolasepak tanah air yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Gol pertama hadir pada minit ke-44 sebelum rehat babak pertama, ia dihasilkan oleh ketua pasukan, Syafiq Rahim. manakala Amirul Hadi Zainal pula berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-90. 

Syabas sekali lagi gua ucapkan!!! 

Rabu, Februari 09, 2011

Prebiu, Malaysia Menentang Hong Kong



Pasukan kebangsaaan, Harimau Malaya akan turun menetang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Shah Alam malam ini.

Sepak mula macam biasa jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung di stadium Astro Arena saluran 801 bermula jam 8.30 malam. Bagi yang tiada astro bolehlah ke kedai kopi berdekatan untuk memberi sokongan padu. 

Skuad Harimau masih lagi dibarisi kebanyakan pemain utama ketika menjadi juara menetang skuad Garuda tempoh hari. Tapi gua dengar cerita dari uncle Gopal, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan tidak disenaraikan akibat kecederaan yang dialami mereka ketika piala asia lepas.

Uncle Gopal dijangka akan kembali memilih Farizal Marlias selaku Penjaga gawang manakala Apek terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Di perbatasan pertahanan pula kita akan menyaksikan kembalinya kelibat Aidil Zafuan Razak setelah lama tersisih ekoran kecederaan yang dialaminya. antara barisan pertahanan lain ialah Muslim Ahmad, Fadzli Shas dan Asrarudin Putra manakala Sabree Abu, Mahaili Jasuli dan Faizal Mohamad berada di bangku simpanan.

Barisan tengah, gua ingat ketiadaan pemain gelabah, Amar Rohidan tidak akan memberi sebarang impak. Kerana pemain ini kerap buang bola secara huru-hara. kadang-kadang naik angin jugak gua bila tengok dia ni hendle bola. Gua harap barisan tengah yang diketuai oleh Safiq Rahim boleh bermain secara handal dan tenang bersama-sama S. Kunalan, Ashaari Shamsudin dan Amirul Hadi Zainal. Mereka berempat ditugaskan untuk merencana dan mengumpan bola ke kubu lawan sehingga berjaya menghasilkan gol. Bisa keempat-empat pemain ini juga ditagih untuk membantu posisi serangan yang diterajui oleh penjaring terbanyak piala asia yakni, brader Safee Sali. beliau akan berganding dengan Ahmad Fakri Saarani supaya dapat meghuru-harakan serta mengucar-kacirkan barisan pertahanan pelawat dan seterusnya akan menerobos gawang untuk menghasilkan gol-gol kemenangan buat skuad Malaysia.


Dari segi taktikal, Malaysia turun dengan formasi seperti mana perlawanan terdahulu dengan K. Rajagobal dijangka akan terus menggunakan taktik keramat 4-4-2. Mengharapkan barisan tengah menjana serangan dan pemain penyerang pula menyempurnakan peluang yang terhidang.

Gua harap skuad Harimau Malaya tidak memandang rendah akan keupayaan pasukan bimbingan Tsan Wai Chung yang turun dengan lebel underdog setelah dibelasah teruk oleh skuad Paraguay, akhir tahun lalu.

Selasa, Februari 08, 2011

Julian Casablancas

Kadang-kadang teringin jugak gua nak ada band macam mamat nih. Tak payah gua nak part time ambil upah panjat kelapa, panjat rumah ganti atap, kutip tin, jual besi rel keretapi, jaga mini market. Tak payah lagi gua nak ambil upah potong rumput, siram pokok bunga melur, beri makan buaya kat zoo. Tak payah, tak payah, semua tak payah.

Janji band gua dapat main, buat konsert jelajah asia, konsert amal, dan main sebagai band jemputan dalam rancangan muzik-muzik pun gua agak dah ok. Kalau nak part time sekalipun, boleh perform kat majlis kenduri kahwin orang-orang kampung. Duit masuk nanti pun tak ada la cukup-cukup makan je, pehh.. syurga.

 

E-mail



Pak hitam Afrika ni dah berapa kali gua delete email dia, asal gua delete hari ni, esok masuk balik, delete esok, lusa masuk balik, tak termasuk yang minggu lepas punya delete, bulan lepas punya delete lagi malas nak cerita. 

Penat la gua nak buat kerja-kerja mendelete yang tak bawa untung tu, ada yang jenis tak malu muka mengaku gua ni sepupu dia, waris belah mak, wakil arwah datuk gua yang ada meniggalkan harta pusaka berbillion dollar. Gua dah lali dengan perkataan Bank Of Africa. Kalau tau kat atuk gua ni, mau disoalnya balik sulur galur keluarga.

Tahun lepas, gua pertama kali dapat email macam gini berkecamuk jugak perasaan. Mau taknya 1.5 juta dollar brader dia nak bank in kat mebenk gua ni. kucar-kacir jugak gua masa tu, dalam kepala dah plan nak berenti sekolah, dengan kekayaan sebegini gua boleh menewaskan aset Malin kundang yang kat dalam sinetron tu.

Nasib baik akal gua panjang.




Isnin, Februari 07, 2011

Toyota

Tadi pagi gua ke benk, gua ada sedikit urusan dengan mesin ATM dan para pegawai benk. Pagi hari gua keluar, dalam pukul 8.30 pagi gua start kereta abah gua, panas enjin lebih kurang gua jalan. Maklumlah nak jadi kereta kena la lasak, siapa suruh jadi kereta, jadila manusia ke, laptop ke, jalan raya ke nasib kau la sebab jadi kereta. Gua menggeluncur dengan kelajuan 60mph.

Sedang dalam pengembaraan ke mebenk, gua layan radio brader, pengulas stesen radio tu ada mengatakan jalan jem. pehh.. gua dah start kucar-kacir, nak tekan minyak pun gua tekan brek, patut la kereta tak nak pergi brader, gua ingat ada jembalang hinggap kat tayar kereta abah gua dah tadi. Cilake punya pengulas radio saja buat gua kucar-kacir. keadaan kembali tenang setelah gua alih ke siaran lebih muda, lebih indie, lebih power. Baru lah kereta lama jiwa muda brader. Ok, abah gua merupakan peminat kereta lama pacuan roda belakang jenama Toyota KE20.

Pendekkan cerita, jemnya tak seberapa tapi gua sampai mebenk pukul 11.00 pagi apa cerita?

Menyesal gua folo pak aji kopiah bawak kereta. Pak aji nih jenis bawak kereta ikut haluan sendiri, sengaja gua biarkan dulu. Setelah lima belas minit gua bengang. 

Gua cucuk angin pak aji tu dengan harapan beliau memahami kehendak anak muda seperti gua ni, gua tengok pak aji tu tidak memberi sebarang tidak balas. Gua tekan hon, pehh bisu rupanya pacuan roda belakang abah gua nie, gua down kejap.

Nak potong gaya The Stig pula, gua takut nanti kereta gua dengan kereta pak aji jadi sama timbang, malu sakan gua nanti, tak pasal-pasal pak aji tu gelakkan gua. Jadi gua pasrah. Gua faham level enjin Vtec ni macam mana.

Nasib gua naik KE-20, kalau naik Supra gua dah terbangkan kopiah pak aji tu. Tunggu pak aji, tunggu. Gua pakai Supra nanti kita jumpa lagi. Nasib baik gua ke mebenk keluar duit 50 ringgit je, kalau gua ada 50 juta, time tu jugak gua angkat Toyota Supra.