Jumaat, Februari 11, 2011

Mateja Kežman


Lu orang masih ingat lagi sama ini pemain? Pemain ini menempa nama ketika beliau berada di liga Belanda semasa menyertai kelab PSV Eindhoven. Akan tetapi, penampilan beliau ketika di kelab lamanya iaitu FK Patizan telah berjaya memikat ramai jurulatih pasukan terkenal dan beliau telah memilih untuk menyertai kelab Belanda dengan yuran perpindahan bernilai 8juta euro pada tahun 2000.

Di awal kemasukannya, beliau telah menjadi penjaring terbanyak di liga Belanda dengan catatan 24 gol dalam 33 perlawanan. Kegilaan melobos gawang lawan tidak berakhir di situ malah makin menjadi-jadi ketika beliau berada di PSV. Sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut beliau telah mencipta rekod sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol melebih-lebih di liga Belanda pada masa itu. Beliau telah menjaringkan sebanyak 105 gol daripada 122 penampilan.
Namun begitu pada musim panas tahun 2004, gua rasa beliau telah membuat pilihan yang salah. Menyertai kelab inggeris, Chelsea yang nyata menengelamkan bakat serta kebolehan beliau yang seterusnya memusnahkan karriernya. Ledakkan golnya makin berkurang dan beliau banyak bermain di posisi benchwarmer.

Gua dengar cerita sekarang dia bermain di liga Hong Kong, kelab south china AA. Main tak sampai pun full time.

Khamis, Februari 10, 2011

Hilang Akal

Sebenarnya, gua dah lama tak bukak Facebook. Apa dah jadi kepada kawan-kawan pun gua tak tahu, apa status pakwe-pakwe, makwe-makwe gedik pun gua dah lama tak baca inikan pula status-status remaja yang baru nak naik dalam scene kerja. macam cilake, baru kerja sikit dah nak tunjuk sibuk dengan disusuli status-status yang berbaur ketagih kerja. Gua nak celah pun fikir dua belas kali tiga. Peh tekanan neraka brader!

Mana pergi status status punk? mana pergi status status kutu? mana pergi status status berbaur kutukan? mana hilang status status pekena teh? 

Gua perati abah gua yang sudah 50 tahun bekerja tu, tak ada pun sibuk sibuk nak tulis status kat Facebook, kata nak pergi makan la, nak susun file la, eh terpijak kaki staff la, eh kejap lagi meeting la, ini hari o.t sampai lewat malam la.

Eh, hilang akal apa. Sebab tu gua dah tak berapa nak into dalam facebook. Harapan gua semoga fenomena ini akan berakhir secepat mungkin.

Syabas Harimau Malaya.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk gua mengucapkan syabas kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan skuad bolasepak Hong kong. Kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong sudah cukup besar dan bermakna buat peminat bolasepak tanah air yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya. Gol pertama hadir pada minit ke-44 sebelum rehat babak pertama, ia dihasilkan oleh ketua pasukan, Syafiq Rahim. manakala Amirul Hadi Zainal pula berjaya menghasilkan gol kedua pada minit ke-90. 

Syabas sekali lagi gua ucapkan!!! 

Rabu, Februari 09, 2011

Prebiu, Malaysia Menentang Hong Kong



Pasukan kebangsaaan, Harimau Malaya akan turun menetang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Shah Alam malam ini.

Sepak mula macam biasa jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung di stadium Astro Arena saluran 801 bermula jam 8.30 malam. Bagi yang tiada astro bolehlah ke kedai kopi berdekatan untuk memberi sokongan padu. 

Skuad Harimau masih lagi dibarisi kebanyakan pemain utama ketika menjadi juara menetang skuad Garuda tempoh hari. Tapi gua dengar cerita dari uncle Gopal, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan tidak disenaraikan akibat kecederaan yang dialami mereka ketika piala asia lepas.

Uncle Gopal dijangka akan kembali memilih Farizal Marlias selaku Penjaga gawang manakala Apek terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Di perbatasan pertahanan pula kita akan menyaksikan kembalinya kelibat Aidil Zafuan Razak setelah lama tersisih ekoran kecederaan yang dialaminya. antara barisan pertahanan lain ialah Muslim Ahmad, Fadzli Shas dan Asrarudin Putra manakala Sabree Abu, Mahaili Jasuli dan Faizal Mohamad berada di bangku simpanan.

Barisan tengah, gua ingat ketiadaan pemain gelabah, Amar Rohidan tidak akan memberi sebarang impak. Kerana pemain ini kerap buang bola secara huru-hara. kadang-kadang naik angin jugak gua bila tengok dia ni hendle bola. Gua harap barisan tengah yang diketuai oleh Safiq Rahim boleh bermain secara handal dan tenang bersama-sama S. Kunalan, Ashaari Shamsudin dan Amirul Hadi Zainal. Mereka berempat ditugaskan untuk merencana dan mengumpan bola ke kubu lawan sehingga berjaya menghasilkan gol. Bisa keempat-empat pemain ini juga ditagih untuk membantu posisi serangan yang diterajui oleh penjaring terbanyak piala asia yakni, brader Safee Sali. beliau akan berganding dengan Ahmad Fakri Saarani supaya dapat meghuru-harakan serta mengucar-kacirkan barisan pertahanan pelawat dan seterusnya akan menerobos gawang untuk menghasilkan gol-gol kemenangan buat skuad Malaysia.


Dari segi taktikal, Malaysia turun dengan formasi seperti mana perlawanan terdahulu dengan K. Rajagobal dijangka akan terus menggunakan taktik keramat 4-4-2. Mengharapkan barisan tengah menjana serangan dan pemain penyerang pula menyempurnakan peluang yang terhidang.

Gua harap skuad Harimau Malaya tidak memandang rendah akan keupayaan pasukan bimbingan Tsan Wai Chung yang turun dengan lebel underdog setelah dibelasah teruk oleh skuad Paraguay, akhir tahun lalu.

Selasa, Februari 08, 2011

Julian Casablancas

Kadang-kadang teringin jugak gua nak ada band macam mamat nih. Tak payah gua nak part time ambil upah panjat kelapa, panjat rumah ganti atap, kutip tin, jual besi rel keretapi, jaga mini market. Tak payah lagi gua nak ambil upah potong rumput, siram pokok bunga melur, beri makan buaya kat zoo. Tak payah, tak payah, semua tak payah.

Janji band gua dapat main, buat konsert jelajah asia, konsert amal, dan main sebagai band jemputan dalam rancangan muzik-muzik pun gua agak dah ok. Kalau nak part time sekalipun, boleh perform kat majlis kenduri kahwin orang-orang kampung. Duit masuk nanti pun tak ada la cukup-cukup makan je, pehh.. syurga.

 

E-mail



Pak hitam Afrika ni dah berapa kali gua delete email dia, asal gua delete hari ni, esok masuk balik, delete esok, lusa masuk balik, tak termasuk yang minggu lepas punya delete, bulan lepas punya delete lagi malas nak cerita. 

Penat la gua nak buat kerja-kerja mendelete yang tak bawa untung tu, ada yang jenis tak malu muka mengaku gua ni sepupu dia, waris belah mak, wakil arwah datuk gua yang ada meniggalkan harta pusaka berbillion dollar. Gua dah lali dengan perkataan Bank Of Africa. Kalau tau kat atuk gua ni, mau disoalnya balik sulur galur keluarga.

Tahun lepas, gua pertama kali dapat email macam gini berkecamuk jugak perasaan. Mau taknya 1.5 juta dollar brader dia nak bank in kat mebenk gua ni. kucar-kacir jugak gua masa tu, dalam kepala dah plan nak berenti sekolah, dengan kekayaan sebegini gua boleh menewaskan aset Malin kundang yang kat dalam sinetron tu.

Nasib baik akal gua panjang.




Isnin, Februari 07, 2011

Toyota

Tadi pagi gua ke benk, gua ada sedikit urusan dengan mesin ATM dan para pegawai benk. Pagi hari gua keluar, dalam pukul 8.30 pagi gua start kereta abah gua, panas enjin lebih kurang gua jalan. Maklumlah nak jadi kereta kena la lasak, siapa suruh jadi kereta, jadila manusia ke, laptop ke, jalan raya ke nasib kau la sebab jadi kereta. Gua menggeluncur dengan kelajuan 60mph.

Sedang dalam pengembaraan ke mebenk, gua layan radio brader, pengulas stesen radio tu ada mengatakan jalan jem. pehh.. gua dah start kucar-kacir, nak tekan minyak pun gua tekan brek, patut la kereta tak nak pergi brader, gua ingat ada jembalang hinggap kat tayar kereta abah gua dah tadi. Cilake punya pengulas radio saja buat gua kucar-kacir. keadaan kembali tenang setelah gua alih ke siaran lebih muda, lebih indie, lebih power. Baru lah kereta lama jiwa muda brader. Ok, abah gua merupakan peminat kereta lama pacuan roda belakang jenama Toyota KE20.

Pendekkan cerita, jemnya tak seberapa tapi gua sampai mebenk pukul 11.00 pagi apa cerita?

Menyesal gua folo pak aji kopiah bawak kereta. Pak aji nih jenis bawak kereta ikut haluan sendiri, sengaja gua biarkan dulu. Setelah lima belas minit gua bengang. 

Gua cucuk angin pak aji tu dengan harapan beliau memahami kehendak anak muda seperti gua ni, gua tengok pak aji tu tidak memberi sebarang tidak balas. Gua tekan hon, pehh bisu rupanya pacuan roda belakang abah gua nie, gua down kejap.

Nak potong gaya The Stig pula, gua takut nanti kereta gua dengan kereta pak aji jadi sama timbang, malu sakan gua nanti, tak pasal-pasal pak aji tu gelakkan gua. Jadi gua pasrah. Gua faham level enjin Vtec ni macam mana.

Nasib gua naik KE-20, kalau naik Supra gua dah terbangkan kopiah pak aji tu. Tunggu pak aji, tunggu. Gua pakai Supra nanti kita jumpa lagi. Nasib baik gua ke mebenk keluar duit 50 ringgit je, kalau gua ada 50 juta, time tu jugak gua angkat Toyota Supra.