Rabu, Februari 09, 2011

Prebiu, Malaysia Menentang Hong Kong



Pasukan kebangsaaan, Harimau Malaya akan turun menetang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Shah Alam malam ini.

Sepak mula macam biasa jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung di stadium Astro Arena saluran 801 bermula jam 8.30 malam. Bagi yang tiada astro bolehlah ke kedai kopi berdekatan untuk memberi sokongan padu. 

Skuad Harimau masih lagi dibarisi kebanyakan pemain utama ketika menjadi juara menetang skuad Garuda tempoh hari. Tapi gua dengar cerita dari uncle Gopal, Norshahrul Idlan Talaha dan Amar Rohidan tidak disenaraikan akibat kecederaan yang dialami mereka ketika piala asia lepas.

Uncle Gopal dijangka akan kembali memilih Farizal Marlias selaku Penjaga gawang manakala Apek terpaksa memanaskan bangku simpanan.

Di perbatasan pertahanan pula kita akan menyaksikan kembalinya kelibat Aidil Zafuan Razak setelah lama tersisih ekoran kecederaan yang dialaminya. antara barisan pertahanan lain ialah Muslim Ahmad, Fadzli Shas dan Asrarudin Putra manakala Sabree Abu, Mahaili Jasuli dan Faizal Mohamad berada di bangku simpanan.

Barisan tengah, gua ingat ketiadaan pemain gelabah, Amar Rohidan tidak akan memberi sebarang impak. Kerana pemain ini kerap buang bola secara huru-hara. kadang-kadang naik angin jugak gua bila tengok dia ni hendle bola. Gua harap barisan tengah yang diketuai oleh Safiq Rahim boleh bermain secara handal dan tenang bersama-sama S. Kunalan, Ashaari Shamsudin dan Amirul Hadi Zainal. Mereka berempat ditugaskan untuk merencana dan mengumpan bola ke kubu lawan sehingga berjaya menghasilkan gol. Bisa keempat-empat pemain ini juga ditagih untuk membantu posisi serangan yang diterajui oleh penjaring terbanyak piala asia yakni, brader Safee Sali. beliau akan berganding dengan Ahmad Fakri Saarani supaya dapat meghuru-harakan serta mengucar-kacirkan barisan pertahanan pelawat dan seterusnya akan menerobos gawang untuk menghasilkan gol-gol kemenangan buat skuad Malaysia.


Dari segi taktikal, Malaysia turun dengan formasi seperti mana perlawanan terdahulu dengan K. Rajagobal dijangka akan terus menggunakan taktik keramat 4-4-2. Mengharapkan barisan tengah menjana serangan dan pemain penyerang pula menyempurnakan peluang yang terhidang.

Gua harap skuad Harimau Malaya tidak memandang rendah akan keupayaan pasukan bimbingan Tsan Wai Chung yang turun dengan lebel underdog setelah dibelasah teruk oleh skuad Paraguay, akhir tahun lalu.

Tiada ulasan: