Jumaat, Januari 28, 2011

"Jumaat"

Hari Jumaat merupakan hari paling disukai gua rasa. 

Bagi penduduk belah pantai Timur mereka sudah mula cuti hujung minggu. Bagi penduduk pantai Barat pula, hari ini merupakan hari terakhir berkerja untuk minggu ni.

setahu gua, ia juga merupakan hari yang paling tidak prodaktif bagi pekerja-pekerja di sektor swasta. (kerajaan tak payah cerita, hari-hari tak produktif!)

ok apa-apahal gua mengucapkan selamat berhujung minggu kepada seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi, jangan lupa bahawa hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan solat jumaat adalah wajib! 

arwah nenek gua ade berpesan "siapa-siapa tak pergi semyang jumaat, akan disumpah menjadi kera." Peh gua time budak-budak dulu tengah main guli, laju-laju gua naik mandi stenbai nak pegi mesjid. 

Tapi budak-budak zaman shuffle sekarang memang degil, cakap melawan, nasihat terus ajak bershuffle pehh.. perangai serupa "shuffle" masing-masing. sekali gua shuffle kat atas perut, baru lu orang tau la nikmat shuffle! 

Sempena hari Jumaat ni eloklah kita ke mesjid lebih awal. sekian. 


sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan



Tiada ulasan: