Jumaat, Januari 28, 2011

Pakatan Man Serunai-Bahagian 2

sampai je depan tangga rumah Man serunai, Napi campak moto ketepi gaya bengis dengan enjin masih berderum.. gedeganggg!! langgar batu bukit yang tumbuh merata-rata.

"habis moto gua" keluh Napi sedikit menyesal.

tanpa membuang masa seperti selalu, Napi pekik nama Leman dari luar macam seorang Tarzan, "Lemaaaan! keluar lah ko wahai Leman...!"

tak sampai 5minit setengah mengikut kiraan jam tangan Napi, pintu rumah Leman pun terkuak. "kreeeekk" lalu muka lesu Leman terpacul depan pintu.

"hah! ada apa ni Napi lewat-lewat malam ni cari aku ni, lembu kena curi lagi ke?" tanya Leman sambil menguap-nguap tanda sekarang dah jam 1.30pagi.  

"peh lu Man, dah kena kan gua, lu lagi mau tanya kan? Lu yang buat Prank kol stail faizal ismail Hot Fm tadi kan? lu nak prank gua dengan cuba tiru gaya sorang makwe kan?" jawab Napi dengan muka bengis sambil menongkat motorsikal pada posisi yang sepatutnya. Bau minyak petrol menerjah ke lubang hidung Napi dan Leman.

Leman diam membisu tanpa bersuara. Dalam hati Leman dia memang dah agak dah benda ni akan terjadi, bukan sekali perkara ni berlaku padanya, malah sudah berbelas kali.

sudah cemuh Leman bergaduh, bergusti lengan, summerslam, dan smackdown kerana perkara bodoh ni.

"ko balik lah Napi, ko balik. bukan sekali benda ni terjadi, dah banyak kali dah... sabar jela Napi" Jawab leman sambil memandang bukit di kiri rumahnya.

Napi diam, dia seolah-olah dipukau Leman, dia hanya menurut saja kata-kata si Leman serunai tadi.

Napi kemudian menghidupkan enjin motorsikal EX-5 nya dan berlalu pergi sambil melakukan aksi willy sepanjang 35 meter tanda meluahkan perasaan malu bercampur bengang.






"Peh budak Napi ni, bila la agaknya nak berhenti mimpi yang bukan-bukan, dulu kes lembu hilang, nyaris-nyaris disauknya JKK Ramli Busu. Mimpi sampai terbawak-bawak ke alam nyata, apa nak jadi pun tak tahu lah" Rungut Leman sambil menjatuhkan selak pintu tanda perkara dah settle.

1 ulasan:

rinn kechiik berkata...

lah ngigau upenyer. hahahaaaa