Jumaat, Januari 28, 2011

Maksud tersirat logo-logo syarikat besar

ok, ok entri gua pada kali nie adalah nak mentafsir maksud tersirat logo-logo koperat beberapa kompeni besar dunia. Jadi gua rasa ini lah tujuan sebenar Wiki-licks gua ni diwujudkan. keh keh keh..

logo heartbeats
ok, logo heartbeats ni sebenarnya adalah headphone yang dilenturkan kebelakang menjadi bentuk love. lu orang jangan nak lenturkan pulak headphone, patah gua tak jamin.
8 fish
Lu orang kira sendiri ada berapa ekor ikan dalam gambar tu, tak nampak memang kero. apa apahal, designer logo ni memang kreatif. mengikut firasat gua, logo ni milik sebuah restoran. Tapi bukan kat Malaysia, obersi bai, obersi.


mosleep

Lu orang suka tidur? lu orang nampak apa yang tersirat dalam logo kompeni MOSLEEP nih. Gua malas nak cakap banyak lu orang tilik la sendiri, tak jumpa tanya gua. ok?


piano forest


Ni lagi satu hal dia punya kreatif tak bertempat. Ada ke patut forest digabungkan dengan butang piano? peh, memang padu dan solid logo ni! Sekali pandang sudah tangkap itu adalah piano buatan Piano Forest.



minimum
Logo ni kalau gua tak bagitahu, mesti lu orang tak dapat tangkap kan? hehe..  Logo yang membentuk gelombang seperti cacing ini sebenarnya merupakan susunan huruf dari perkataan MINIMUM.


amazon

Siapa tak pernah dengar nama Amazon pegi masuk hutan amazon sana la kawan dengan bujang senang! Logo syarikat ni paling ringkas dan maksudnya sangat mendalam. Anak panah menunjukkan servis diaorang merangkumi (dari A sampai Z) dan anak panah juga mewakili senyuman kepada para pelanggan. amacam? halus tak mat salleh punya penyampaian?


carrefour 

Gua malas nak cakap banyak, kepada suri rumah, orang kerja pejabat, pelajar pelajar IPT, lepasan SPM, mamat shuffle, dan seangkatan dengannya. Lu orang kalau tak nampak huruf "C" dalam logo carrefour ni lu orang memang tak true. Carrefour maksudnya "persimpangan jalan" logonya menunjukkan panah yang saling membelakangi yang membentuk huruf "C". Sebab tu la K4 ni selalu ade kat tepi simpang (kat kampung gua la). 


Toblerone


Tobleron berasal dari Bern, Swiss, sebuah bandar yang digelar Kota Beruang. kepada pakwe yang ingin menghadiahkan makwe sebatang coklat, terutamanya jenama tobleron nie, pastikan lu orang dapat cari seekor beruang dalam logo banjaran swiss tersebut.


FedEx

Siapa yang guna perkhidmatan menatang ni tetapi tak nampak anak panah antara huruf E dengan X tu, memang cari nahas! Panah itu memiliki makna Kepantasan, Arah, dan Khidmat yang handal. "We live to deliver". kata mat despetch FedEx.


eight

Logo ini terlalu bagus dari Asia Bagus, rancangan tv yang tak memberi manafaaat tu. Sangat cerdik pereka logo ini, dengan typoografi dimana setiap huruf merupakan variasi dari angka 8. Gua pun tak terfikir nak buat macam gini kat mini market sedara gua.



Modernerd

kalau gua memang gua baca modern nerd. Lu orang mesti baca "modern". gua tahu! kah kah kah.. 
Kehebatan utama logo ini adalah cara menggunakan istilah "Modern Nerd" sekilas terbaca Modern, tetapi juga boleh terbaca Monerd kadang-kadang. sesuai dengan logo dia, seorang Geek yang nerd.




Ok gua rasa ini ok untuk dikongsi, gua sengaja leak kan informasi ni ke lu orang semua, memang tugas gua nak leak ni keh3..

Akan tetapi ada sesetengah pihak terutamanya makwe dan pakwe yang jenis main mysapce, suka tengok shuffle, yang sokong bangfes, main sms, gayut dalam selimut dan melodrama  mesti cakap "ade aku kesah..?" 

kalau gua jumpe jenis macam gini, gua paksa lukis logo mini market mak sedara gua secara kreatif. tak berjaya lukis gua lempang sedas! gua jawab balik "ade gua kesah..?" kah kah kah..

1 ulasan:

♥BudakCupcakes♥ berkata...

nak tanye some question nie...

1.Slalunye Arrow2 yg ade dlm logo uh menandakan ape??....slain smpang jln =P
2.ade x logo2 kolej yg pkai arrow...n its as what?

if blh jawab..jwb laa...if xleh xpe..
sbb org tgh dlm proses nk create logo..=(
tq...