Sabtu, Mac 05, 2011

Bukan cerita bukan bukan

Sekarang tahun 2011, ini bermakna lagi 9 tahun Malaysia nak ada kereta terbang, rumah terapung, makanan pun sekadar makan pil perasa sahaja sudah kenyang seminggu. Kalau kanak-kanak yang makan, sebulan kenyang tak payah makan nasi.

Tahun 2020 nanti gua ingat, mesin basuh pun sudah pandai kutip baju-baju kotor dengan sendiri dan kemudian terbang sambil basuh dan spin baju-baju sampai kering. Masa tu perkataan suri rumah sudah dihapuskan. Bila malam menjelma, seluruh ahli keluarga tidak lagi berada depan kaca telivisyen. Peti-peti telivisyen tak kira samsung flat skrin, sony bravia gantung dinding ke, panasonic plasma ke semua dah tak main dah, tak real. Semua pakat tengok hologram. Berita hologram, drama hologram, sukan pun hologram sampai muka Drogba pun boleh tengok 360 darjah, masa tu Drogba dah tak boleh menipu lagi dah bila dalam kotak penalti. Senang cerita semua dah capai tahap real.

Semalam gua naik Proton Saga abah gua, "Gedegang!" langgar lubang. Rasanya kalau dengan kelajuan 30km/j boleh patah rocker arm proton saga tapi gua rilek-rilek je tak ada pun nak mengamuk kat kerajaan, sebab gua tau kerajaan sekarang tengah nak fokus wawasan 2020, kereta pun nanti dah tak pakai jalan lagi buat apa nak turap-turap. Gua harap rakyat faham kenapa jalan tidak diturap rata-rata, bukan seleweng duit ye.

Jangan lepas mengundi nanti barang naik sudah la, itu sampai sekarang gua tak faham!

2 ulasan:

Daria berkata...

suatu ketika dulu, bapak gua pun ada proton saga... gua pernah langgar orang dgn kereta proton saga tu, orang tu terpelanting, moto hancur, kereta bapak gua rilex je tak rosak pun....

sib baek org tu tak mati...cedera ringan je....tapi poket gua la yg cedera parah bayar ganti rugi...huhu

skang proton saga tu dah dijual, ditukar dengan kereta lain...rindu pulak kat proton saga tu...

Barry Allen berkata...

Kejuruteraan Proton Saga memang kukuh, tak macam sekarang punya proton.