Isnin, Mac 14, 2011

Kerja sendiri

Entah apa cerita dah jadi kat gua sekarang. Blog dah malas nak kemaskini, kerja pulak tak dapat-dapat lagi. Yang akak kedai buku tempoh hari tu pun satu, suruh gua isi borang kerja lepas tu berjanji nak telefon balik. Sampai sekarang tak telefon-telefon juga. 

Kalau tak ada kosong bagitahu la awal-awal. Ni buat gua tertunggu-tunggu dah nak seminggu dah ni kak apa cerita? Nak usha makwe pun langsung dah hilang semangat. Duit tempohari tinggal lagi berapa ringgit je, ini kes bayar hutang sana sini lah ni, bayar saman lah, hutang pelajaran lah macam-macam.   

Yang anak si Bedah pulak tak habis-habis nak berlagak. Mentang-mentang lah kerja sedap kat Kolumpo sana, kereta sentiasa tukar. Baru minggu lepas gua nampak dia balik naik Saga Facelift kaler biru tua, minggu ni dah pakai Toyota Vios bikin sedap-sedap dengan rim 19 inci, bodykit gua syak TRD. Rumah gua langsung tak nak jejak. Nampak gua pun layan-layan gitu je nasib akal gua panjang gua buat-buat pakai but nak turun sawah.

2 ulasan:

eka berkata...

kang gua cakap bodoh marah , cakap bengong kecik hati pulakk . dah tau xde keje g laa noreh getah der . kaya tuuuuuuuuuuuuu . dah kaya , boleh bagi gua lapan juta sebulan .

kannnnnn ?

Barry Allen berkata...

Lapan juta aok nak. Pelempang aok tak nak, pelempang?? Ah, kejap lagi turun la harga getah tu.