Selasa, Mac 08, 2011

Ikhlas nak tak nak

Arena masak memasak ni gua dah memang cukup tip-top dah. Rancangan masak memasak bersama Chef Wan dan Martha Stewart dah entah berapa kali katam. Itu pun ada lagi rancangan 5 rencah 5 rasa yang chef suka lambung-lambung pisau, buah, mangkuk, dan segala benda yang dia pegang dia akan lambung nak siar-siar. Pernah juga gua lambung-lambung pisau mak gua yang paling tajam masa tolong emak gua memasak. Tertancap juga atas simen, sompek matanya. Penyudahnya, sampai sekarang gua dilarang ke dapur. 

Ok, cuba bayang pisau muncung tirus keluaran smart shop dilambung tinggi. Ada hati lu nak sambut?

Satu je gua nak tegur. TV3 ni kalau nak tunjuk resipi tu biarlah ikhlas sikit. Kasi la lama-lama sikit, ini macam nak tak nak je tunjuk. Gua baru nak sambar ayat pertama dah alih dah. Gampit betul.

6 ulasan:

Azra Rahman berkata...

comelnya kau suka masak, kerjalah chef then! ;D

Daria berkata...

bagus jugak kalau lu dpt tlg gua masak kat dapur ni....gua kasi la upah...nak nak?

Barry Allen berkata...

Azra: InsyaAllah gua apply. Apa cerita belajar jurutera nak apply jadi chef?

Daria: tolong, tolong boleh la.. upah berapa ribu?

Daria berkata...

ribu eh? boleh bro, tapi lu jadi maid la....gua bayar dlm rupiah....huhuhu

Barry Allen berkata...

Apa cerita bayar dalam rupiah? Maid rumah sedara gua pun dibayar dalam ringgit malaysia.

Daria berkata...

abestu, lu nk ribu....mane ade maid gaji ribu.....haha