Selasa, Mac 22, 2011

Cerita pendek

Pukul 2.00 pagi. Najib mahu mengisi perut dan masanya luangnya dengan melepak bersama Ajis. Si Ajis ni terkenal dengan sikap pemurah. Untung-untung dapat makan free.

***

"Asal aku dial je suara makwe yang angkat. Si Ajis ni dah berbini ke? Apahal satu kad jemputan kawin pun tak sampai ke tangan aku ni." Bebel si Najib. 

Namun bila diamati betul-betul lenggok percakapan tu Najib mulai kenal. Suara ni memang dah lama dia dengar sejak into dalam scene henset 3 tahun lepas. 

***

"Gampit! waktu-waktu kecederaaan macam gini la kredit nak habis. Apa ingat aku ade duit ke nak tambah nilai? Nak makan pun aku jual botol je, nak topup boleh blah." Jerkah Najib ke makwe yang bersuara lunak tadi seraya melambung hensetnya ke bumbung. Keadaan kembali senyap.

Walaupun dia tahu makwe tu langsung tak peduli, tapi itulah satu-satunya cara dia protes dan tunjuk ganas. Najib memang manusia ganas, panas baran, samseng, kongsi gelap, kaki pukul dan bila dia lapar dia jual botol. Ini la yang digelarkan sebagai 'indie'.

2 ulasan:

jsl; berkata...

gila terror BM lu, ayat novel bagai. "seraya melambung..." lama gila tak dengar ayat tu xD

Tak menjadi berkata...

Terima kasih ke cikgu BM gua, kerana mengajar gua mengarang ayat novel. Ceewwaahh..