Selasa, Februari 01, 2011

"Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu."

Dengar cerita banjir Johor makin buruk. penduduk yang kena pindah pun makin meningkat. pagi tadi sedang gua hirup secawan kopi panas jenis guarana gua ada dengar berita pagi kat tv3 katanya dah 40k mangsa yang dipindahkan, habis zohor tadi gua dengar sudah meningkat ke 60k. dahsyat, dahsyat.

walaupun separuh berita yang disajikan agak tidak boleh pakai akan tetapi liputan bencana alam jenis ni gua rasa agak lengkap juga dengan keputusan mangsa banjir yang senantiasa dikemaskini, ada ketika jika perlu wartawan turut ke lokasi banjir untuk berlintas langsung.

akan tetapi gua dah jarang melihat kemunculan seorang wartawan liputan, Karam singh walia. Karam ni jenis wartawan yang cakap suka lepas dan suka berpantun empat kerat gaya sindir macam neraka. sindiran dia agak pedas dan panas macam neraka bila didengari pihak yang bersalah. maka dengan segera tindakan akan diambil dan masalah itu akan turut selesai. kadang-kadang tergelak juga gua mendengar pantun yang dilantunkan oleh uncle Karam ni.  silap hari bulan kena ugut bunuh ko Karam! kah kah kah...!

gua sudahi minum pagi gua yang agak sober itu dengan membeli karipap pusing, gua beli dalam lebih kurang seringgit. tetapi hari ni gua pelik, gua bayar seringgit karipap dapat 3 biji je? selalu seringgit 5 biji. 

"Dahsyat jugak penangan minyak kat Malaysia ni ek" gua bermonolog dalaman sambil membelek struktur karipap yang dibeli kalau-kalau menggunakan protien bermutu tinggi. 

7 ulasan:

Princess Vanilla berkata...

harga minyak naik, harga karipap pun naik sekali..hihi..

Barry Allen berkata...

biasala princess jenis nak naik tak beragak. keh keh keh..

Princess Vanilla berkata...

tak lama lagi orang pegi jalan2 pun naik basikal or pakai kasut roda je senang. haha. agak-agak, kalau kita kena naik basikal je & kereta or motor dah tak dikeluarkan lagi, nak tak kayuh basikal tu pegi mane2? hehe.

Barry Allen berkata...

orang tua-tua kita ada menyebut,
"nak seribu daya, tak nak seribu dalih"
nampaknya kalau nak ke kolumpo lepas ni, kena mengayuh jela..keh keh keh..

Princess Vanilla berkata...

fuh, boleh kurus macam tu. haha.

Barry Allen berkata...

kurus lagi solid!

Princess Vanilla berkata...

haha.