Khamis, Februari 03, 2011

Baran

Pukul 12.30 tengah hari tadi manager mebenk kol gua, ajak gua lepak sama.  Terus gua bingkas bangun, gosok gigi lebih kurang, mandi pun lebih kurang, capai baju dekat kerusi gua start motor berkuasa rendah milik gua dan menghala ke kedai kari Hakim. 

"peh ada jugak rezeki gua hari ni.." bebel gua sambil membetulkan side mirror kiri yang sedikit ke atas. Ini kalau tak kerja aci tukang mop ni mesti kerja si Lisa minah kilang nih. Jenis nak melawa tak kira tempat.

tak sampai 15minit gua pun muncul depan restoren kari yang memang menjadi tumpuan muda mudi apabila hujung minggu. Brader-brader EPL akan memenuhi ruang kedai apabila sepak mula liga inggeris bermula. manakala setiap Rabu, pakcik-pakcik gusti pasti berkumpul bertanyakan update gusti terkini. siapa king, siapa tewas sambil ditemani secawan teh pekat, tak termasuk yang berpasangan bagai merpati dua sejoli lagi yang duduk diceruk-ceruk dinding entah apa yang dibelek pun gua pun tak pasti. kalau begini gua agak untung kasar restoren Hakim ni mengalahkan kampeni multinasional serta orang-orang besar MLM.


"Pam..! "Pam..!" "Pam..!"

gua kenal sangat dengan tone bunyi tersebut. Tak payah pandang pun gua dah tahu itu Aji. Aji merupakan tukang buat roti canai. kalau nenek-nenek yang tak biasa datang lepak restoren ni gua rasa ada potensi dapat serangan jantung.


Sedang gua ralit peratikan betis makwe-makwe, hisap rokok pum pang pum pang, Nordin tiba dengan penuh gaya pekerja benk. gua pulak gaya kutu. agak kurang selesa jugak gua rasa. cepat-cepat gua ubah posisi duduk gua daripada tak ada tulang belakang, terus tegap macam ahli bina badan.

Nordin dan gua bersalaman. kemudian beliau duduk pada posisi mengadap ke gua, gua mengadap ke dia. Dia memulakan bicara. bertanyakan keaadan kesihatan gua, status gua, kerja apa gua sekarang. Jenis caring tak tentu hala pulak Nordin ni. tiba-tiba Nordin menepuk bahu gua dan bertanyakan soalan lazim yang gua memang tak gemar nak menjawab sejak dari dulu lagi. Gua jadi baran. Darah gua kalau mengalir keluar rasa-rasanya warna hijau, lengan gua berurat, nafas gua dari steady bertukar kencang seperti jagoan pecut, usain bolt. 


"Lu nak kena tendang ke?" Jerkah gua sambil mata merah gua merenung tajam muka Nordin. Aji yang menepuk roti canai tadi pandang gua, semangat menepuk rotinya sudah hilang sedikit demi sedikit, gaya menepuk pun dah kucar-kacir tak macam mula-mula gua sampai sini tadi, temponya sudah berterabur, kadang-kadang kuat kadang-kadang perlahan. Zaman gua kutu gua memang jenis panas baran sikit orangnya. Nak-nak kalau dengan Nordin. 

Duk cakap pasal gaji, gaji, gaji.. ni malas gua nak melepak dengan orang berkejaya ni.. tak habis-habis sembang tanya gaji. Sembang la ke arah berfaedah sikit. Tanya la pasal MLS ke, fernando Toress pindah kelab ke, pasal keadaan Mesir ke.

Gua start motorsikal, gua balik rumah itu jam juga. Gua minum air kotak sambil makan roti krim gua tulis blog. sekrang gua post dan lu orang tengah baca. kah kah kah..